Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Indigo, Bayi 10 Bulan...

Sekali pandang tiada siapa akan menyangka Indigo Nowakowsky-Kaiuha baru sahaja berusia 10 bulan....

Speaker Dewan Rakyat Tolak...

KUALA LUMPUR : Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, menolak usul...

Tidak Akan Berlaku Tsunami...

ISKANDAR PUTERI - Tiada tsunami Melayu akan berlaku di Johor pada pilihan raya...

SPRM Reman Dua Pegawai...

KUALA LUMPUR - Dua pegawai Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG)...

Barang Kemas Rosmah: Tiada Pengikraran Import Dibuat

KUALA LUMPUR – Tiada sebarang pengikraran import dibuat kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berkaitan penghantaran 44 barang kemas ​​​​​ yang dikaitkan dengan isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

“Melalui semakan ke atas rekod yang ada di bawah sistem maklumat kastam bagi tempoh tujuh tahun selaras dengan tempoh penyimpanan rekod, didapati tiada pengikraran import dibuat ke atas barangan tersebut,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Lim, ia merupakan satu kesalahan sekiranya tiada pengikraran import dibuat dan boleh dikenakan tindakan termasuk rampasan.

“Sekiranya siasatan polis tidak dapat mengaitkan konsainan tersebut dengan apa-apa kesalahan, pihak kastam boleh mengaitkan isu ini di bawah Akta Kastam 1967 kerana ia merupakan satu kesalahan dan mengundang pelbagai tindakan termasuk rampasan,” katanya.

Pada 10 Julai lalu, sebuah syarikat pemborong barang kemas di Lubnan memfailkan saman terhadap Rosmah bagi menuntut beliau memulangkan kembali barangan kemas tersebut yang dihantar kepadanya untuk dipilih atau membayar barang kemas berkenaan berjumlah US$14.79 juta(RM59.831 juta).


Bagaimanapun Rosmah dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 23 Julai lalu menafikan ​​​​​​​beliau membeli barangan kemas tersebut.

Barang kemas tersebut adalah antara wang, barang kemas, beg tangan mewah, jam mewah dan cermin mata hitam mewah, bernilai anggaran RM1.1 bilion, yang dirampas dari premis yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, bulan lepas. – BERNAMA

Kategori