Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

597 Murid Dibenar Pulang,...

ALOR SETAR – Seramai 597 murid Sekolah Kebangsaan Bukit Pinang di sini dibenarkan...

Ulama PAS Setuju Perlu...

SEPAKAT... Kerjasama politik atau pembentukan gabungan antara PAS dengan UMNO bagi hadapi kerajaan...

KDN Seru Masyarakat Banteras...

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengingatkan tiada mana-mana pihak boleh menggunakan...

RM5.68 Juta Peruntukan Seleggara...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan membelanjakan sebanyak RM5.68 juta untuk penyelenggaraan sekolah di...

Bawah Pakatan Harapan, LGBT Makin Terbuka

“PENULISAN LGBT dicari!” seru sebuah iklan penerbit Matahari Books, yang sedang menyiapkan sebuah koleksi tulisan penulis LGBT yang diberi tajuk Kisah Orang Kita.

“Ada orang kata ni … ada orang kata tu… Tapi bagaimana dengan orang yang melaluinya setiap hari?

“Matahari Books dengan kerjasama Queer Lapis ingin terbitkan ebook percuma (dengan ISBN) mengenai realiti kehidupan LGBT di Malaysia,” terang iklan itu lagi, menjelaskan yang karya ini mahu mengangkat realiti kehidupan LGBT di Malaysia.

“Antara topik yang boleh disentuh: membesar dalam keluarga, pengalaman bersekolah atau di tempat kerja, diskriminasi atau penindasan, aktivisme dan semangat setiakawan, cinta dan seks, dan sebagainya.

“Kami hanya mencari penulis yang merupakan LGBT. Boleh guna nama betul atau nama samaran. Kami tak mencari fiksyen tapi kisah benar. Bahasa Melayu sahaja,” jelas iklan itu yang dipaparkan di Facebook Matahari Books.

Ini ialah satu lagi bukti berleluasanya budaya LGBT dalam era Pakatan Harapan (PH) sekarang ini, menyusuli lantikan seorang aktivis gay oleh menteri belia dan sukan dan kemunculan semakin terbuka aktivis lain seperti Siti Zabedah Kasim.

Penerbitan yang berkaitan dengan penerbit Fixi ini terkenal dengan penerbitan buku-buku mengandungi idea liberal, termasuk tulisan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin bertajuk Islam In Malaysia: Perceptions and Facts.

Buku fiksyen terbitan Fixi turut mempopularkan kehidupan liberal termasuk LGBT dan popular di kalangan remaja termasuk pelajar sekolah.

Buku Kisah Orang Kita ini merupakan lanjutan buku pertama Orang Macam Kita yang diterbitkan pada 2010, juga menghimpunkan tulisan daripada ramai penulis.


Orang Macam Kita bagaimanapun turut memuatkan karya penulis yang dipercayai bukan pengamal LGBT tetapi sekadar bersimpati.

Secara umumnya, Orang Macam Kita muncul sebagai karya yang menuntut simpati dan pemahaman pembaca, dan turut memuatkan karya-karya politik dari perspektif golongan LGBT.

“Orang Macam Kita ialah sebuah antologi cerpen dan esei mengenai seksualiti alternatif di Malaysia. Seksualiti alternatif boleh diertikan sebagai homoseksual, biseksual, transgender dan dwikelamin.

“Ini termasuklah gay, lesbian, tomboy, mak nyah dan khunsa. Label-label sebegini mungkin tampak sensasi atau klinikal. Namun cerita-cerita dan kajian-kajian di dalam buku ini mungkin mendedahkan sisi lain, yakni sisi alternatif, daripada tanggapan yang sedia ada.

“Orang Macam Kita memuatkan 25 karya dengan gaya dan pendekatan yang berbeza-beza: kisah cinta dan penerimaan yang mencuit, cerita pendedahan yang dramatik, kajian mengenai media, sastera dan filem; dan ada yang melayang jauh ke alam surreal. Kepelbagaian ini turut diraikan; tepuk dada tanya selera!” tulis penerbitnya dalam satu catatan di blog pada masa buku itu baru terbit.

Bagaimanapun, Kisah Orang Kita yang bakal diedarkan sebagai ebuku secara percuma akan tersebar lebih meluas kepada masyarakat, dan dijangka disambut dengan lebih terbuka dalam suasana politik bawah pemerintahan PH hari ini. – Mynewshub.tv

Kategori