Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Berita Palsu TMJ Belanja:...

JOHOR BAHRU – Orang ramai dinasihati agar menyemak kesahihan berita yang diterima serta...

Mangsa Banjir Di Melaka...

MELAKA - Jumlah mangsa banjir di Melaka tidak berubah setakat 8 pagi ini,...

Kerajaan Lulus RM5 Juta...

PUTRAJAYA : Kerajaan melaksanakan operasi pembenihan awan (OPA) di Kelantan bermula Jumaat hingga...

Usul Kewarganegaraan Kanak-Kanak Dibahaskan...

KUALA LUMPUR – Dewan Negara akan membahaskan usul kewarganegaraan kanak-kanak yang dilahirkan di...

Bayi 20 Bulan Maut Terjerut Tali Bidai Tingkap Rumah

DUNGUN – Seorang daripada bayi lelaki kembar berusia 20 bulan maut dipercayai terjerut tali bidai tingkap di rumahnya di Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS), dekat sini, petang Sabtu.

​Ketika kejadian, mangsa dikatakan bermain dengan kembarnya manakala abang dan kakaknya yang berusia antara tiga hingga empat tahun juga dikatakan bermain tidak jauh dari tingkap berkenaan.

Mangsa, Muhammad Azhari Zul Azri disedari terjerut oleh ibunya, Noryasmin Mat Yasin pada kira-kira pukul 6.50 petang.

Ibu mangsa terkejut mendapati mangsa tidak sedarkan diri lalu segera menghubungi suaminya, Zul Azri Hashim, 39, yang bekerja sebagai penyelia projek di kawasan berdekatan.

Bapa mangsa bergegas pulang dan membawa mangsa ke Klinik Kesihatan yang terdekat tetapi disahkan sudah meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • bayi

Kategori