Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Sebar Berita Palsu, Fuziah...

AHLI Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh akan dituduh di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor...

PRN: 572 Calon Sah...

PUTRAJAYA : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan satu kertas penamaan calon ditolak iaitu...

Sangkut ‘Bawa’ Pak Belang

Gopeng -Seorang lelaki ditahan anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)...

Matang Dalam Lontar Hujah,...

MESKIPUN sesi forum Anda Tanya, Mereka Jawab bersama Exco Puteri UMNO, Dira Abu...

Bayi Dalam Beg Kertas Dirawat Di Hospital

IPOH – Bayi perempuan yang ditemukan dalam beg kertas di hadapan sebuah rumah pangsa di Jalan Hospital di sini semalam, kini ditempatkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) buat sementara sehingga keadaannya sihat.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat negeri Wong May Ing berkata bayi itu perlu menjalani rawatan susulan termasuk pemeriksaan HIV.

“Bayi itu masih perlu ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan susulan kerana semasa dihantar ke hospital dia mengalami masalah pernafasan, namun keadaannya kini baik dan stabil,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat akan melakukan proses pendaftaran sijil kelahiran bayi berkenaan apabila keadaannya baik.

“Kita belum putuskan sama ada menyerahkan bayi berkenaan di bawah jagaan keluarga angkat atau ditempatkan di pusat jagaan kanak-kanak,” katanya.

Bayi perempuan yang masih bertali pusat itu ditemui seorang lelaki pada jam 12.15 tengah malam setelah ternampak satu beg kertas digantung di cermin sisi sebuah kereta berisi bayi terbabit.


Semalam, Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Supt Abdul Rani Alias berkata bayi itu dipercayai baru dua hari dilahirkan.

Katanya, siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi.  – BERNAMA

Kategori