Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Lelaki Buat Upacara Pengebumian...

HARARE - Seorang lelaki di Zimbabwe mengejutkan penduduk kampungnya apabila menjalankan upacara pengebumian...

Nazir Razak Nafi Bakal...

ADIK bongsu perdana menteri, Datuk Seri Nazir Razak menafikan ura-ura mengatakan beliau berhasrat...

Google Didenda RM20 Bilion...

BRUSSELS - Kesatuan Eropah (EU) mengenakan denda berjumlah AS$5.04 bilion (RM20 bilion) hari...

Cendol Bakar Turun Harga...

Tak kisahlah atas dasar pengiklanan atau memang ikhlas, tindakan peniaga Cendol Bakar yang...

Bayi Lelaki 4 Bulan Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Kuman

MELAKA – Kematian bayi lelaki empat bulan, Yusof Al-Baihakki Zainal Abidin di sini semalam, berpunca daripada jangkitan kuman di paru-paru dan bukan tersedak susu, kata Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Afzanizar Ahmad.

Beliau berkata punca kematian bayi itu diketahui hasil bedah siasat yang dilakukan oleh pihak Hospital Melaka.

“Siasatan polis sehingga kini mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kematian diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR),” katanya kepada pemberita hari di sini hari ini.

Media semalam melaporkan seorang bayi lelaki berusia empat bulan yang juga merupakan anak anggota polis di negeri ini dipercayai meninggal dunia akibat tersedak susu.

Afzanizar berkata pihaknya masih belum dapat merakam percakapan daripada ibu bapa bayi tersebut.

“Mayat bayi terbabit selesai dibedah siasat pada pukul 1.05 pagi dan jenazahnya telah selamat dikebumikan di Kelantan sebelum solat Zuhur tadi,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • bayi

Kategori