Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

10 Maut Helikopter Tentera...

BOGOTA - Seramai 10 orang disahkan maut apabila sebuah helikopter milik pasukan tentera...

Penunggang Motosikal Maut Dalam...

GEORGE TOWN - Seorang penunggang motosikal maut apabila motosikal yang ditunggangnya dilanggar sebuah...

“Hati Kami Luka Tetapi...

NEW ZEALAND - “Jumaat minggu lalu, saya berdiri di masjid ini. Menyaksikan sendiri...

Serangan Barcelona: Najib Ucap...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada...

Bekalan Darah Di Perak Mencukupi

IPOH – Bekalan darah di unit tabung darah Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) hingga kini adalah mencukupi bagi membantu pesakit di seluruh negeri.

Ketua Jabatan Perubatan Transfusi HRPB Dr Sabariah Mohd Noor berkata permintaan untuk penggunaan bekalan darah adalah 100 peket sehari untuk pesakit di negeri ini.

“Kita telah mengumpul bekalan darah melalui program derma darah yang dilaksanakan jadi kita tidak mengalami bekalan kritikal pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Kempen Derma Darah anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, yang turut dihadiri Pengarah JBPM negeri Datuk Yahaya Madis di sebuah hotel di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Sabariah berkata pihak hospital memerlukan lebih banyak darah jenis ‘O’, memandangkan ia kerap digunakan dan perlu ditambah dari semasa ke semasa.


Program itu, katanya bertujuan bagi memberi kesedaran kepada anggota bomba supaya menderma darah secara konsisten selain membantu HRPB yang memerlukan bekalan khususnya darah jenis ‘O’.

“Saya difahamkan ramai anggota bomba yang mempunyai darah jenis ‘O’ termasuk saya. Untuk itu, program ini akan diteruskan lagi dari semasa ke semasa,” katanya. – BERNAMA

Kategori