Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Keracunan Logam Berat Bukan...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan punca kematian 12 orang asli di...

‘Politik Melampau’ Punca Ridhuan...

Berikutan larangan terhadap penceramah sensasi, Dr Ridhuan Tee Abdullah daripada memasuki Sarawak bagi...

KLIA & KLIA2: Parkir...

SEPANG - Pengendali lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) menyediakan ruang parkir...

Kerajaan Kaji Naik Taraf...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mengkaji untuk menaik taraf status guru Kelas Al-Quran...

Bekas Jurujual Dipenjara 3 Tahun, 1 Sebatan

KUALA LUMPUR – Seorang bekas jurujual dihukum penjara tiga tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana merompak wang RM2,000 hasil jualan rokok milik peniaga kedai runcit, tahun lepas.

Hakim Hasbullah Adam menjatuhkan hukuman itu terhadap Tengku Asmawi Tengku Alaudin, 42, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah pada hari pertama perbicaraannya dan memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 27 September 2017.

Tengku Asmawi didakwa bersama-sama tiga yang masih bebas telah merompak wang hasil jualan rokok tidak sah berjumlah RM2,000 milik Muhammad Yusuf Yakob di Kedai Runcit Usop Jamu, Lot 236-F Lorong Keramat Dalam 7 Off Jalan Kampung Datuk Keramat, di sini pada 8 pagi, 22 Ogos 2017.

Bapa anak dua itu didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Faridah Nurdinie Bahrum memohon hukuman setimpal kerana kesalahan itu serius selain mengambil kira kepentingan awam.

Bagaimanapun, tertuduh menerusi peguamnya Zulkifli Awang merayu hukuman ringan atas alasan dia kini sedang menjalani hukuman penjara tiga tahun dan lima sebatan di Penjara Kajang atas kesalahan sama.

“Anak guam saya benar-benar telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi, dengan hukuman yang telah dilalui oleh anak guam saya…dia memohon maaf kepada mahkamah atas perbuatannya itu,” katanya.


Mengikut fakta kes, pada hari kejadian tiga hingga lima lelaki telah datang ke kedai itu dan mengakui mereka sebagai pegawai kastam.

Mereka kemudian memaklumkan mahu melakukan pemeriksaan kerana mengesyaki kedai mangsa menjual rokok yang tidak sah iaitu belum mendapat kelulusan kastam.

Semasa pemeriksaan itu, kumpulan lelaki berkenaan mengambil duit simpanan kedai mangsa sebanyak RM2,000 lalu melarikan diri dan mangsa kemudiannya membuat laporan polis di balai polis berdekatan. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori