Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Koperal Ditangkap Dipercayai Terlibat...

MIRI - Polis Miri berjaya menyelesaikan kes samun wang berjumlam RM478,619.30 milik sebuah...

Suspek Liwat Dua Remaja...

MERSING: Seorang lelaki ditahan reman tiga hari untuk siasatan kes liwat dua remaja...

6 Lagi Positif Covid-19...

KETUA Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini memaklumkan, enam individu...

Warga Israel “Terlepas” Masuk...

SECARA umum masyarakat dunia maklum tentang pendirian Malaysia terhadap Israel, apatah lagi rakyat negara ini.Sebagai negara...

Bekas Pengurus Pemasaran TM Diperintah Bela Diri

SHAH ALAM – Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan seorang bekas pengurus pemasaran dan saluran SME Telekom Malaysia (TM) membela diri terhadap 10 pertuduhan membuat tuntutan palsu lebih RM822,390.

Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan itu selepas berpuas hati pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohammed Heikal Ismail berjaya membuktikan kes prima facie ke atas tertuduh, Noorazlina Shamsuddin, 45.

Mahkamah menetapkan 2 Ogos ini untuk wanita itu yang diwakili peguam Arik Zakri Abdul Kadir dan Ahmad Kamal Abu Bakar membela diri.

Seramai 56 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Noorazlina didakwa membuat tuntutan palsu berjumlah RM822,398.59 melalui pesanan penghantaran dan invois milik dua syarikat kontraktor iaitu Core Entity Sdn Bhd dan Excellent Spring Sdn Bhd bagi kerja pemasangan kabel Unifi di beberapa lokasi yang belum dilaksanakan.


Tertuduh didakwa melakukan kesemua kesalahan di Pejabat TM MSC, TM Cyberjaya Complex, Cyberjaya dekat sini, antara 17 April 2012 hingga 2 Jan 2013.

Dia didakwa mengikut Seksyen 18 Akta SPRM dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Kategori