Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Gambar Bogel Di Kota...

China - Beberapa keping gambar bogel yang dirakamkan di Kota Larangan di sini...

Hari Keputeraan Raja Perlis...

KANGAR - Hari Keputeraan Rasmi Raja Perlis yang disambut pada 17 Mei setiap...

Rokok Punca Banyak Kes...

SINGAPURA amat digeruni masyarakat antarabangsa kerana terkenal tegas dalam isu berkaitan rokok daripada...

UMNO Pecat Tun Faisal...

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dipecat...

Belgium Ucap ‘Sayonara’ Pada Jepun

MOSCOW: Belgium bangkit ketinggalan dua gol untuk menewaskan Jepun 3-2 dalam masa kecederaan menerusi jaringan pemain gantian Nacer Chadli di Rostov-On-Don sekali gus mara ke peringkat suku akhir Piala Dunia bertemu Brazil.

Belgium muncul pasukan pertama bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk memenangi perlawanan kalah mati di Piala Dunia sejak Jerman menewaskan England 3-2 dalam masa tambahan di Mexico pada 1970 dengan Belgium diancam lawan yang mempamerkan permainan menarik dan ampuh bertahan.

Belgium yang berada diranking ketiga dunia, 58 tangga lebih baik berbanding Jepun bangkit pada babak kedua aksi di Arena Rostov selepas ketinggalan menerusi jaringan Genki Haraguchi dan Takashi Inui.

Namun pertahanan, Jan Vertonghen menebus kesilapan yang mencetus jaringan pertama Jepun meledak jaringan menerusi tandukan lambung pada minit ke-69 disusuli Marouane Fellaini menyamakan kedudukan untuk Belgium pada minit ke-74, kurang 10 minit dimasukkan bagi menggantikan Dries Mertens.

Ketika Jepun memberi tekanan memburu kemenangan, Belgium menerusi satu serangan balas pantas pada masa kecederaan dan tindakan bijak Romelu Lukaku membiarkan bola terus kepada Chadli untuk merembat bagi meraih kemenangan minit akhir. – Reuters

Kategori