Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Penduduk Tanjung Bungah Bakal...

GEORGE TOWN - Lembah Permai, kawasan Tanjung Bungah, yang dulunya merupakan kawasan kepadatan...

Cubaan Merogol Meja Piknik...

Di kala dunia digemparkan dengan berita seorang lelaki AS yang melakukan hubungan seks...

Objek Pada Tangan Wanita...

GAMBAR pasangan ini biasa-biasa sahaja namun apa yang mencetuskan perdebatan di media sosial...

Tiada Menteri Letak Jawatan,...

PUTRAJAYA - Tun Dr. Mahathir Mohamed membayangkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak...

Belia Dipelawa Sertai Debat Asean

KUALA LUMPUR – Pertandingan bahas antarabangsa, Debat Belia ASEAN 2018 akan diadakan di Phnom Penh, Kemboja, Ogos ini bagi meningkatkan kesedaran golongan belia di rantau ini terhadap isu-isu hak asasi manusia.

Program tiga hari mulai 25 Ogos anjuran Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN mengenai hak asasi manusia (AICHR) itu juga bagi memberikan peluang kepada golongan belia menyuarakan pandangan masing-masing dan berinteraksi dengan pakar hak asasi manusia.

Menurut kenyataan Bahagian Antarabangsa, Kementerian Komunikasi dan Multimedia hari ini, pertandingan debat dalam bahasa Inggeris itu terbuka kepada semua prasiswazah universiti/kolej Malaysia yang berumur 18 hingga 23 tahun dan telah mendaftar pengajian setakat 1 Ogos 2018.

Sesi pemilihan bagi program peringkat kebangsaan ini akan diadakan di Wisma Putra pada 21 Julai, 9 pagi.

“Melalui pemilihan ini, tiga pendebat terbaik akan mewakili Malaysia ke pertandingan itu dan semua kos perbelanjaan ditanggung sepenuhnya.


Mereka yang berminat perlu mendaftar di https://goo.gl/forms/yGscjJMVaTRvwDM82 sebelum 12 tengah hari pada 19 Julai ini dan sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui [email protected]. – BERNAMA

Kategori