Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Harga Bahan Api Menjunam...

KUALA LUMPUR - Harga arang baru telah jatuh sebanyak 50% manakala harga gas...

FB “Nokia Malaysia” Digantikan...

Microsoft mengumumkan akan melakukan penjenamaan secara berperingkat untuk laman-laman sosial mereka.Terbaharu, laman sosial...

Agong Terima Sambutan Mesra...

PUTRAJAYA - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini...

Pesawat EgyptAir Dari Paris...

KAHERAH - Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan kebangsaan Mesir, EgyptAir dikhuatiri terhempas selepas...

‘Biar Semua Kecap Bahagia’

KUALA LUMPUR – “Kakak, mari dekat ustaz. Ustaz nak cerita, kita semua adalah saudara tak kira agama apa. Kita semua hamba Allah SWT.”

Itu permulaan tazkirah pendakwah Ebit Lew yang menarik minat gelandangan di Lorong Tuanku Abdul Rahman 12, di sini, tengah malam kelmarin untuk mendengar perkongsian mengenai Islam.

Sejak beberapa tahun lalu, Ebit memang dikenali dengan konsep dakwah yang menyantuni mereka di jalanan, memberi pengisian mengenai kehidupan dan mengedarkan pek makanan kepada golongan terbabit.

Setiap hari, dia memenuhi semua undangan untuk mengajak orang ramai mendekati agama dengan penuh kasih sayang termasuk gelandangan, pondan dan kutu rayau sebagai tanggungjawab kepada Allah.

“Saya terfikir apa lagi yang perlu dibuat. Mereka juga perlu dibimbing walaupun hanya berada di jalanan. Mereka juga ada hak dan wajib disantuni,” kata mualaf keturunan Cina tersebut. – myMetro Online

Kategori