Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

Pemimpin Yang Baik Tidak...

SHAH ALAM – Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul...

Apa Dah Jadi.. Dua...

Apakah perasaan anda jika menemui sebuah lagi kereta yang bukan sahaja sama model...

Comel! Abby Dan Norman...

MESKIPUN sudah beberapa tahun bercerai, Norman Hakin dan Abby Abadi masih mengekalkan hubungan...

Belia Felda Perlu Teruskan...

KEMAMAN - Golongan belia, iaitu generasi kedua dan ketiga Felda, perlu menghayati sejarah...

BN Reda, Terima Kekalahan PRU14 – Zahid

KUALA LUMPUR – Kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah satu tragedi dan mimpi buruk kepada parti ini setelah memerintah 61 tahun, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bagaimanapun, beliau reda dengan keputusan rakyat yang dibuat pada 9 Mei itu.

“Apa yang berlaku adalah satu ketentuan yang kita harus reda dengannya. Namun ada hikmah yang berlaku di sini dan di sana termasuk di sana yang harus belajar daripada kami di sini kerana kegagalan untuk mengatasi dan menjawab persoalan oleh pihak kami,” katanya semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Ahmad Zahid (BN-Bagan Datuk) berkata, PRU14 juga membuktikan demokrasi subur di negara ini apabila peralihan kuasa berjalan dengan aman tanpa sebarang pertumpahan darah dan insiden buruk.

“Walaupun dulu kami adalah kerajaan yang lama tetapi kami telah serahkannya dengan sebaik-baiknya kerana itu adalah pilihan yang ditentukan oleh rakyat,” kata Zahid yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri sebelum ini.

Katanya, apa yang lebih penting kini ialah beliau mengharapkan kedua-dua belah pihak dapat menjalin kerjasama dalam soal agama, bangsa dan negara termasuk memartabatkan institusi Parlimen dan institusi Raja-Raja sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.


Dalam pada itu, Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bahru) ketika mencelah berkata akhir-akhir ini terdapat segelintir pihak secara kurang sopan mencabar, menyentuh atau menfitnah beberapa institusi yang sebelum ini dihormati dan dipandang tinggi dan mulia seperti institusi Raja-Raja.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok. – BERNAMA

Kategori