Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pendaftaran GST Meningkat Kepada...

KUALA LUMPUR - Jumlah syarikat yang mendaftar untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Status Facebook Penjual Helmet...

BAGAI tahu akan pergi buat selama-lamanya, seorang penjual helmet memuat naik beberapa status...

Karnival One SSM Diserbu,...

KARNIVAL Online Networking Entrepreneurs (ONE) anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berjaya mencapai sasaran...

Kertas Matematik & Tamil...

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof sebentar tadi mengumumkan calon...

BNM Tidak Arah Beku Akaun Famili Najib

KANTOI… Setelah terdedah aksi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) beku akaun cucu Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) pula terpalit sama.

Apa tidaknya, bank pusat tersebut didakwa oleh SPRM konon ada mengarahkan tindakan pembekuan akaun ahli keluarga bekas perdana menteri itu termasuk salah seorang anaknya yang menghidap penyakit kanser tahap empat.

Namun perkara sebenarnya akhirnya terbukti apabila BNM didapati tidak pernah mengarahkan tiga akaun CIMB anak Najib iaitu Nooryana Najwa dibekukan, malah tindakan SPRM itu dipertikai kerana disifat bermotif peribadi.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berkata, pembekuan itu dengan turut melibatkan akaun Junior Sa­ver Adam Razak, anak Nooryana yang baharu berumur 10 bulan, dibuat tanpa asas perundangan sah.

Malah ujarnya, tindakan zalim itu jelas memperlihatkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang memerintah negara ketika ini amal konsep ‘Rule of the Jungle’ atau hukum rimba dan bukan ‘Rule of Law’ (kedaulatan undang-undang).

“Tindakan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull yang sebelum ini dakwa pembekuan akaun tersebut adalah tindakan BNM sebenarnya penipuan, kerana jelas surat arahan itu telah dikeluarkan oleh SPRM.


“Ini adalah satu tindakan tidak wajar dan tidak berlandaskan perundangan yang sah sebaliknya lebih bermotifkan dendam. Apakah asas mereka beku akaun kanak-kanak ini dan kaitannya dengan siasatan kes 1MDB?

“Ia jelas menunjukkan kerajaan kini amalkan pemerintahan ‘Law of the Jungle’,” kata Lokman ketika ditemui di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di ibu negara pada hari ini. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori