Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

3 Kematian, 91 Pulih,...

TIGA kes kematian berkaitan jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan...

Izreen Azminda Kesal Jadi...

PELAKON kontroversi, Izreen Azminda sekali lagi meluahkan rasa kesal apabila dirinya menjadi menjadi...

Elak Anasir Negatif, Uqasha...

AKTRES Uqasha Senrose atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 24, menyatakan...

4 Kawasan PAS Terengganu...

KUALA TERENGGANU - Empat kawasan PAS di Terengganu yang telah selesai mengadakan Mesyuarat...

Brazil Pun Tumbang Di Tangan Belgium

KAZAN – Juara lima kali Piala Dunia, Brazil mengikut jejak johan empat kali, Jerman apabila pulang dengan tangan kosong selepas tumpas 2-1 kepada Belgium di suku akhir lewat malam tadi.

Dalam perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi di Kazan Arena, Belgium yang dianggap sebagai pasukan bukan pilihan, bakal bertemu juara 1998, Perancis di separuh akhir pada 11 Julai jam 2 pagi waktu Malaysia.

Belgium mendahului seawal minit ke-13 perlawanan, apabila sepakan sudut Nacer Chadli ditolak masuk Fernandinho ke dalam gawangnya sendiri, ketika cuba mengeluarkan bola daripada situasi bahaya.

Rakannya di kelab Manchester City, Kevin De Bruyne lebih cemerlang apabila jaring gol kedua menerusi serangan balas menyaksikan pemain berusia 27 tahun itu melepaskan rembatan deras menewaskan Alisson di gawang.

Brazil cuba bangkit dalam babak kedua dengan gol daripada pemain gantian, Renato Augusto pada minit ke-76, namun ketangkasan penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois menafikan pelbagai cubaan skuad samba itu.

Ini termasuk cubaan cantik Neymar lewat permainan. Brazil sebelum itu nyaris dapat gol awal minit ke-8 menerusi Thiago Silva apabila bola ditanduk Miranda susulan sepakan sudut singgah ke kakinya namun terkena tiang.

Peluang yang tidak dimanfaatkan pada babak pertama itu berjaya dihukum Chadli lima minit kemudian, apabila sepakan sudutnya terkena Fernandinho sebelum memasuki gawangnya sendiri.

Marcelo turut mempunyai peluang untuk skuad A Selecao menyamakan kedudukan pada minit ke-26, namun tendangan kaki kirinya diselamatkan Courtois.

Pada minit ke-31, gol kedua Belgium terhasil daripada larian Romelu Lukaku yang gagal dihalang pemain Brazil, sebelum pemain Manchester United itu menghantar bola kepada De Bruyne yang tidak dikawal.


Pemain City itu kemudian melepaskan rembatan deras dari kanan padang untuk menewaskan Alisson. Bersambung di babak kedua, Paulinho melepaskan satu rembatan di hadapan gol namun cubaannya diselamatkan Courtois.

Belgium mempunyai peluang untuk mendapat gol ketiga, namun cubaan Eden Hazard hasil satu serangan balas sedikit tersasar di sebelah kanan gawang pada minit ke-62.

Augusto yang masuk sebagai pemain gantian, berjaya menanduk masuk gol yang memberi sedikit harapan kepada Brazil, selepas menanduk hantaran daripada Neymar.

Dalam masa kecederaan, Neymar kemudian cuba melencong bola ke penjuru gawang yang memaksa Courtois bekerja keras untuk menyelamatkan bola dari memasuki gawang.

Neymar sekali lagi menghantar bola yang cantik ke dalam kawasan penalti Belgium, namun Roberto Firmino gagal menanduk bola tersebut tepat ke sasaran.

Perlawanan tamat dengan kemenangan 2-1 kepada Belgium, iaitu kemenangan kelima berturut-turut skuad bimbingan Roberto Martinez pada edisi Piala Dunia kali ini. – Mynewshub.TV

Kategori