LONDON – Bulan berdarah akan muncul pada waktu malam di banyak lokasi dunia esok dalam fenomena yang menyaksikan ia bergerak ke bayang bumi untuk jadi gerhana paling panjang kurun ke-21.
Menurut Pentadbir Aeronautik dan Angkasa Nasional (NASA), gerhana bulan penuh itu akan berterusan selama satu jam, 43 minit dan 57 saat kemudian diikuti gerhana separa, menjadikan gerhana selama tiga jam dan 54 minit.
Gerhana bulan itu dapat akan dapat dilihat di Eropah, Afrika dan Asia Barat antara waktu matahari terbenam hingga waktu tengah malah pada 27 Julai ini dan antara waktu tengah malam hingga matahari terbit di Asia dan Australia pada 28 Julai ini.
“Ia dipanggil bulan darah kerana cahaya matahari melalui atmosfera bumi bertukar merah sebelum sampai ke bulan, sama seperti cahaya merah ketika matahari terbenam,” kata profesor astronomi University of Cambridge, Andrew Fabian. – Reuters