Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Remaja 15 Tahun Dibunuh...

MEW YORK - Seorang remaja 15 tahun sempat meminta air selepas cedera parah...

Melaka Cadang Bina Ladang...

MELAKA - Kerajaan Negeri Melaka bercadang untuk mewujudkan kawasan ladang babi berteknologi tinggi...

4 Parti Politik Tubuh...

KOTA KINABALU ā€“ Empat parti politik di Sabah iaitu PBS, STAR, PBRS dan...

‘Polis Minta Kuil Tangguh...

Maklumat tular yang menyatakan polis Ipoh menghalang kaum Hindu menunaikan sembahyang hajat sempena...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini meskipun sentimen lebih positif yang menyelubungi pasaran berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi, kata para peniaga.

Pada 9.08 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.50 mata kepada 1,762.43 daripada paras penutup 1,762.93 pada Selasa.

Indeks itu dibuka 1.98 mata lebih rendah kepada 1,760.95.

Bagaimanapun, keseluruhan pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 183 berbanding 88 dengan 209 kaunter tidak berubah, 1,450 tidak diniagakan dan 28 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 170.56 juta unit bernilai RM90.06 juta.

Seorang peniaga berkata saham Asia kebanyakannya tinggi dalam dagangan awal hari ini seiring dengan prestasi baik di Wall Street susulan pendapatan kukuh, yang merangsang keyakinan, dengan syarikat berasaskan teknologi dan penjagaan kesihatan memacu petunjuk pasaran ke paras yang lebih tinggi.

Beliau berkata pasaran Asia juga mendapat rangsangan daripada berita kerajaan China mengambil langkah untuk meningkatkan pertumbuhan yang termasuk perbelanjaan prasarana dan potongan cukai.

Maybank Investment Bank Bhd dalam satu nota penyelidikan berkata Bursa Malaysia dijangka meneruskan kenaikannya hari ini apabila sentimen mendapat dorongan daripada kenaikan kukuh pasaran AS semalaman serta langkah China meningkatkan pertumbuhannya.

“Bagaimanapun, pasaran dijangka menyaksikan belian giliran dalam saham berharga rendah. Secara teknikalnya, kami menjangkakan FBM KLCI diniagakan antara paras 1,750 dan 1,780 hari ini. Paras sokongan rendah dijangkakan pada 1,726 dan 1,709,” kata firma penyelidikan itu.


Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik satu sen kepada RM9.78, Public Bank meningkat dua sen kepada RM24, Tenaga melonjak empat sen kepada RM14.82, manakala Petronas Chemicals dan CIMB tidak berubah masing-masing pada RM8.80 dan RM5.86.

Dalam kalangan kaunter cergas, Cuscapi meningkat setengah sen kepada 30.5 sen, WCT Holdings menokok lima sen kepada RM1.04, Foundpac naik 1.5 sen kepada 38 sen manakala MRCB dan Priceworth International tidak berubah masing-masing pada 78 sen dan 7.5 sen.

Indeks FBM Emas naik 6.68 mata kepada 12,540.51, Indeks FBMT 100 meningkat 3.86 mata kepada 12,315.09 dan Indeks FBM Ace melonjak 16.20 mata kepada 5,498.58.

Indeks FBM Emas Shariah meningkat 10.43 mata kepada 12,682.64 dan FBM 70 naik 32.30 mata kepada 15,559.71.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan meningkat 8.74 mata kepada 17,357.49, Indeks Perusahaan naik 3.07 mata kepada 3,239.96 tetapi Indeks Perladangan turun 54.20 mata kepada 7,514.38. – BERNAMA

Kategori