Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pelancong Jepun Meninggal Dunia...

LANGKAWI - Seorang pelancong Jepun meninggal dunia akibat mengalami masalah jantung ketika mandi...

Farid Kamil, Boy Iman...

KUANTAN - Pelakon, Farid Kamil Zahari dan Boy Iman atau Noruliman A Rahman...

Sarawak Akan Kekal Dalam...

SHAH ALAM - Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem tidak...

Anwar Nafi Dakwaan Yusoff...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan seorang...

Calon BN Pertikai SPR Arah Sepanduk BN Diturunkan

KLANG – Calon BN bagi kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengarahkan sepanduk kempen parti itu diturunkan secepat mungkin hari ini.

Beliau berkata pihaknya menerima arahan itu daripada SPR pagi ini atas alasan paparan isi kandungan sepanduk berkenaaan menimbulkan ‘rasa kurang selesa’ kepada orang lain.

“Semasa kempen PRU14, kerajaan sebelum ini tidak pernah mengarahkan jentera PH menurunkan sepanduk mereka yang memaparkan manifesto gabungan parti itu,” katanya kepada pemberita selepas jelajah kempennya di Taman Setia, Johan Setia, di sini hari ini.

Maka kali ini, beliau berkata, pihaknya juga tidak akan mencabut atau menanggalkan mana-mana sepanduk kempen BN kerana ia jelas tidak memutarbelitkan fakta mahupun mempunyai unsur fitnah kepada kerajaan baharu.

Lokman Noor dalam pada itu menggesa SPR mengeluarkan surat rasmi berhubung arahan tersebut secepat mungkin atau pihaknya akan membawa perkara tersebut ke mahkamah.

“Sepanduk BN bukan banyak pun, poster saya pun saya tak buat. PH ada majoriti sekitar 12,000 undi (pada PRU14) jadi kenapa nak takut dengan kami dan kenapa perkara seperti ini mahu dijadikan isu. Kami cuma cakap undilah BN jika mahu PH tunaikan janji, itu saja,” katanya.


Pada PRK DUN Sungai Kandis, Sabtu ini, Lokman Noor akan berdepan dua pencabarnya iaitu calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni dan calon Bebas, K. Murthy.

Ia merupakan PRK pertama selepas PRU14, yang diadakan berikutan kematian penyandang kerusi tersebut, Mat Shuhaimi Shafiei akibat kanser limfoma pada 2 Julai lalu. – BERNAMA

Kategori