Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Dua Lagi Ditahan Kes...

PUTRAJAYA: Dua lagi individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan...

‘Cuba Ikat Kelapa Di...

Calon Pakatan Harapan (PH) parlimen Sik Latifah Md Yatim menempelak tindakan Menteri Besar...

Aman Palestin Ikhtiar Jalan...

PETALING JAYA : Pengurusan tertinggi Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) sedang merencanakan pelan...

Lelaki Pancut Air Mani...

IBARAT sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua, aksi seorang lelaki melakukan...

Ceramah Disekat, Ustaz Kazim Jual Pusat Tahfiz

SATU posting di laman Facebook pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias yang memberi gambaran penutupan Bangunan Tahfiz Darul Barakah miliknya mengundang perhatian ramai.

Desas-desus itu dikuatkan lagi dengan satu entri di laman mudah.my yang mengiklankan Kompleks Darul Barakah yang terletak di Manjoi, Perak itu dengan harga RM5,000,000.

“Bangunan Tahfiz Darul Barakah menempatkan ratusan pelajar. Saya membinanya dengan nilai keselesaan, cantik dan sejuk mata memandang.

“Sangat tinggi nilai halus kepada setiap pengunjungnya dan di sinilah tempat awal rakaman rancangan Kalau Dah Jodoh.

“Namun saya manusia biasa, berseorangan ke hulu ke hilir mencari sesuatu yang boleh menampung. Penat, uzur apatah lagi semakin sukar bergerak menjadikan semuanya semakin terbatas.

“Memang tidak sanggup berpisah dengan sekolah ini tetapi kalau berterusan begini maka perpisahan dan penutupan adalah jalan terbaik,” tulis Kazim di laman Facebooknya.

Posting yang dimuat naik pada 4 Julai ini menerima lebih 1,500 tanda suka dan dikongsi lebih 300 pengguna Facebook.

Sementara itu, dalam posting Kazim pada Selasa, Kazim mendakwa terdapat usaha untuk menyekat dirinya daripada berceramah, menyebabkan pembiayaan sekolah tersebut terganggu.

“Pembiayaan sekolah ini adalah dari hasil kuliah dan ceramah saya setiap hari. Kalau ada usaha menyekat ceramah bagaimana saya ingin meneruskan sekolah yang memerlukan dana yang besar.

“Setiap hari memikir dan susah hati nasib pelajar-pelajar daripada anak yatim, warga emas sehinggalah mualaf yang menetap dan belajar di sini.

“Kalau saya tak mampu lagi saya minta maaf banyak-banyak,” tulisnya.


Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen meluahkan kegusaran mereka dengan penutupan pusat tahfiz berkenaan.

Malah, ramai yang turut meluahkan hasrat untuk membantu agar pusat tahfiz milik Kazim dapat beroperasi seperti biasa.

“Marilah kita sama-sama menyumbang kepada sekolah ini. Seorang RM10 kalau seribu orang dah boleh bantu tampung perbelanjaan,” tulis Ramlah Kasim.

“Kenapa kena tutup ya ustaz? Pelajar dah kurang atau kekurangan dana untuk menampung? Kalau begitu mungkin ustaz boleh kongsi nombor akaun, InsyaAllah ramai yang ingin menyumbang,” tulis seorang lagi pengguna Facebook.

Sementara itu, hasil semakan di laman mudah.my mendapati entri mengenai Kompleks Darul Barakah itu dimuat naik oleh individu bernama Ruzanna pada Sabtu.

Bangunan berkeluasan 27,770 kaki persegi yang dibina di atas tanah seluas 1.7 ekar itu mempunyai tiga bilik kuarters guru, enam bilik darjah, empat bilik dorm, asrama, kantin, pondok pengawal, stor, surau dan sebuah banglo yang digunakan sebagai pejabat pengurusan.

Berdasarkan posting tersebut, RM5,000,000 yang ditetapkan masih boleh dirunding dan pengiklan turut meninggalkan nombor telefon untuk mereka yang berminat. – mStar Online

*Video sekadar hiasan…

Kategori