Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Saya Pasukan ‘1Malaysia’ Bukan...

WALAUPUN perang saraf yang dilancarkan Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Tun...

Jangan Terpedaya Ubat Mampu...

PUTRAJAYA - Orang ramai dinasihatkan tidak terpedaya dan membeli ubat-ubatan yang diiklankan di...

Guru Rebah Di Sekolah,...

KUCHING - Seorang guru wanita yang dipertanggungjawab membuat analisis Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)...

Isu Raya 2022 Tidak...

PUTRAJAYA: Umat Islam di negara ini tidak perlu bimbang kerana penetapan tarikh Hari...

Chong Wei Jalani Rawatan Di Taiwan

DATUK Lee Chong Wei sedang menjalani rawatan di Taiwan untuk memulihkan penyakit yang mengancam kariernya.

Pemain berusia 35 tahun itu akan berada di Taiwan selama dua bulan.

Chong Wei menyedari sesuatu tidak kena selepas memenangi Terbuka Indonesia di Jakarta, awal bulan ini.

Jaguh badminton negara itu menarik diri dari Kejohanan Dunia di Nanjing, China bermula Isnin dan juga Sukan Asia di Jakarta dan Palembang yang akan berlangsung bulan depan.

Difahamkan Chong Wei berusaha keras untuk memulihkan kesakitan yang dialaminya dan kembali semula ke gelanggang.

Rakyat Malaysia turut mendoakan kesihatannya.

Dalam satu kenyataan baru-baru ini, Setiuasaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Ng Chin Chai meminta media dan orang ramai supaya memberi ruang kepada Chong Wei dan keluarganya.


“Kami mendoakan agar dia cepat sembuh dan kembali menjalani latihan,” katanya.

Dalam kenyataan itu juga, BAM memberitahu Chong Wei tidak sihat dan menghadapi masalah berkaitan pernafasan.

Beliau memberitahu Chong Wei dinasihatkan doktor supaya berehat dan menjalani rawatan pemulihan.

Sementara itu, Presiden BAM Datuk Seri Norza Zakaria berkata mereka telah memberi ruang kepada Chong Wei untuk menjalani rawatan pemulihannya.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, kami menghormati privasi Chong Wei dan memberikannya masa untuk memutuskan apa sahaja yang diperlukan untuk pulih dengan cepat,” kata Norza. – mStar Online

Kategori