Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Permohonan Geran Kandungan Digital...

PETALING JAYA – Permohonan Geran Kandungan Digital (DCG) 2022 yang dilancarkan oleh Kementerian...

Aidiladha: Bantuan Insentif Khas...

Putrajaya : Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan menyalurkan Bantuan Insentif Khas...

Lapan Cedera Letupan Gas...

KUALA LUMPUR - Dua letupan berlaku di dua restoran di pusat beli-belah Mid...

Hadiah Tahun Baru Pakatan...

1. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun...

Cuma 395,000 Rakyat Johor Layak Air Percuma

ISKANDAR PUTERI – Pemberian air percuma kepada sejumlah isi rumah berpendapatan rendah di negeri ini, akan dilaksanakan bermula awal September depan.

Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian berkata ini berikutan pelaksanaannya yang melibatkan perbelanjaan RM25 juta setahun sudah diluluskan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri, semalam.

Menerusi semakan, beliau berkata dianggarkan kira-kira 395,000 rakyat Johor layak menerima pemberian air percuma  berkenaan yang bernilai RM10.

“Ini bermakna kita menepati janji 100 hari,” katanya pada sidang media selepas menghadiri sambutan Hari Raya Aidilfitri Kumpulan Prasarana Rakyat Johor di sini, hari ini.

Dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas, Pakatan Harapan Johor berjanji memberi 10 meter padu air percuma kepada golongan B40 selain akan memastikan rakyat menikmati bekalan air berkualiti tanpa gangguan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Johor

Kategori