Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Satu Mayat Nelayan Dari...

KUANTAN - Satu mayat daripada enam krew yang hilang selepas bot tunda mereka...

Nazmi Faiz Bersyukur Dapat...

KUALA LUMPUR - Bekas pemain Selangor, Muhamad Nazmi Faiz Mansor berasa syukur kerana...

4 Lelaki Ditahan JAIPs...

KANGAR - Empat lelaki beragama Islam memberikan pelbagai alasan ketika ditahan Jabatan Hal...

Awas! Bahan Asing Dadah...

GEORGE TOWN - Siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan kopi pracampuran yang diminum...

Dadah Bernilai RM70k Dirampas Di Miri

MIRI – Polis menahan seorang lelaki serta merampas dadah dianggarkan bernilai RM70,000 dalam serbuan di Terminal Bas Pujut pada 2 petang semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Miri, DSP Aldrin Junaidi Kutoi berkata ketika serbuan dilakukan, suspek berumur 24 tahun dilihat berkelakuan curiga sambil membawa satu kotak dari kaunter kargo bas menuju ke arah keretanya.

“Apabila suspek ditahan pemeriksaan menjumpai satu paket lutsinar berisi serbuk dadah dipercayai jenis ketamine dengan berat kasar 500 gram bersamanya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata suspek yang juga seorang penganggur itu dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Miri dan ujian awal air kencingnya didapati positif dadah jenis methamphetamine.

“Suspek kini disiasat mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya,” katanya. – BERNAMA

Kategori