Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

‘Awek Cun’ Cuba Seludup...

SEORANG wanita berparas cantik dan bertudung ditahan di sebuah pusat pemeriksaan sebuah lapangan...

Warga Pakistan Mengaku Salah...

SHAH ALAM - Seorang lelaki warga Pakistan mengaku bersalah hari ini atas tuduhan...

300 Bakal Jemaah Haji...

Kuala Lumpur : Seramai 300 bakal jemaah haji yang terkandas di Makkah berada...

Lori Terbalik, Pemandu Maut,...

Gombak : Pemandu lori maut manakala penumpang parah dalam kejadian kemalangan di Kilometer...

Dasar Pendidikan Dikaji Semula – Maszlee

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan akan menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk mengkaji semula dasar pendidikan negara, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri berkenaan Dr Maszlee Malik berkata jawatankuasa itu berperanan untuk mengkaji semula falsafah dan dasar pendidikan negara termasuk menambah baik kurikulum dan sIstem pendidikan daripada peringkat prasekolah hingga ke peringkat universiti.

“Ia juga meliputi kesedaran sivik dan juga pembentukan nilai-nilai murni serta pengukuhan sains dan teknologi,” katanya ketka menjawab soalan Ahmad Faizal Azumu (PH-Tambun) mengenai hala tuju pendidikan kebangsaan ketika sesi soal jawab.

Katanya jawatankuasa itu akan dianggotai pakar akademik, politik, agama serta wakil badan bukan kerajaan.

Menjawab soalan tambahan anggota yang sama mengenai langkah diambil untuk mengalakkan penggunaan bahasa Inggeris tanpa meminggirkan bahasa Malaysia terutamanya buat golongan luar bandar, beliau berkata kementeriannya akan menambah penghantaran guru pakar bahasa Inggeris ke kawasan luar bandar.


Katanya selain itu langkah akan diambil bagi meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris dikalangan guru yang sedia ada, mengundang guru yang telah bersara serta siswazah untuk sama-sama terlibat dalam usaha meningkatkan penggunaan bahasa itu serta mengambil guru pelatih dari luar. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori