USAHAWAN kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida masih enggan ulas lanjut status dan hubungannya dengan pelakon, Putra Amaris yang kini kerap dilihat memuat naik foto dan video bersama.
Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman juga menegaskan dia kini sedang melatih pelakon itu untuk projek yang sedang mereka jayakan bersama.
“Saya kan memang gemar melakukan perkara sebegitu namun saya mengharapkan doa yang baik-baik dari anda.
“Saya sebenarnya sedang melatih Amaris dalam pelbagai bidang antaranya keselamatan dan pemasaran, namun bukan sebagai PA (pembantu peribadi), katanya kepada mStar Online.
Amaris turut ditanya mengenai keadaan rumah tangganya kerana sering dilihat asyik bersama Vida. – mStarOnline