Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lepas Empat Bulan Hisap...

UMUM mengetahui rokok elektronik atau vape merupakan alternatif kepada gantian rokok, apatah lagi ramai...

Bekas Presiden Colombia, Bolivia...

HAVANA - Cuba pada Rabu telah melarang bekas Presiden Colombia, Andres Pastrana, dan...

Taufan Goni Badai Utara...

Manila - Sekurang-kurangnya tiga terbunuh termasuk seorang budak lelaki berusia 10 tahun dalam...

Salman Khan ‘Lapar’ Kantoi...

MUNGKIN sebab lapar sangat atau tidak sempat untuk makan, sampaikan aktor Salman Khan...

Doktor Pelatih Trauma Dibuli

KUALA LUMPUR – Doktor pelatih yang dibuli oleh pihak atasan disarankan untuk berani melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa supaya tidak berdepan tekanan atau trauma yang teruk.

Perkara itu disuarakan doktor pelatih Hospital Ampang yang mahu dikenali sebagai James, yang mendakwa dibuli oleh seorang doktor pakar dengan pelbagai ancaman dan ugutan.

Dakwanya, situasi paling teruk dihadapi ialah doktor pakar terbabit mencekik leher bajunya di hadapan pegawai perubatan, jururawat dan pesakit hanya disebabkan dia salah memberi jawapan atas soalan yang diajukan.

“Dia mencekik leher baju saya dengan kuat dan menjerit seolah-olah hilang pertimbangan di hadapan semua orang. Dia juga mengugut untuk menumbuk muka saya.

“Sepatutnya perkara ini tidak boleh berlaku memandangkan saya doktor pelatih dan kami adalah di bawah tanggungjawab pegawai perubatan.

“Apabila dibuli, semua orang tidak melakukan apa-apa sedangkan perkara itu salah. Ia menjadikan saya trauma dan berdepan tekanan yang teruk hingga terpaksa membuat laporan polis terhadapnya,” katanya yang mengunjungi Balai Berita di sini, semalam.

James berkata, perkara itu memberi implikasi negatif kepada doktor pelatih lain untuk terus berjuang dalam karier berkenaan hanya semata-mata disebabkan tindakan buli itu.

“Malah kata-kata kesat hingga menyentuh perihal keluarga, lucah hingga menjatuhkan moral doktor pelatih, antara sebab mengapa ramai bakal doktor muda tidak dapat meneruskan karier itu, sedangkan banyak wang sudah dibelanjakan untuk merealisasikan cita-cita kami.

“Bahkan, jika aksi buli itu dilakukan di hadapan pesakit, bagaimana pesakit boleh yakin dengan kredibiliti kita sebagai doktor pada suatu hari nanti,” katanya.


James membuat laporan polis terhadap doktor pakar berkenaan pada April lalu kerana didakwa sering membulinya.

Dia terpaksa mengambil cuti kecemasan kerana trauma dengan apa yang menimpanya.

Sementara itu, Dr Simon (bukan nama sebenar), yang bertugas di Hospital Ampang, turut mengakui berdepan masalah sama, tetapi lebih bernasib baik kerana hanya dibuli secara lisan.

“Doktor pakar itu pernah menyentuh perkara berkaitan emak saya. Bagi saya, tiada orang boleh bertolak ansur jika berkata buruk mengenai keluarga sendiri.

“Bukan mudah untuk mencapai hingga ke tahap ini, namun setiap orang juga perlu dihormati. Apa yang dilakukan oleh doktor pakar itu tidak sepatutnya dan dia tiada kemahiran komunikasi,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, dilaporkan berkata budaya toksid dalam bidang profesional itu harus dihentikan segera kerana boleh mengganggu tugasan.

“Saya sudah mengarahkan pihak atasan untuk menyiasat perkara itu hingga ke peringkat bawahan,” katanya. -BH ONLINE

Kategori