Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

QZ8501: Peti-Peti Putih, Ubat...

Sepuluh peti berwarna putih dibawa masuk satu persatu ke kabin pesawat CN295 milik...

Annuar Musa Serah Maklumat...

PUTRAJAYA - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tan Sri Annuar Musa hari ini...

Cuaca Panas, Resipi Mudah...

DALAM keadaan cuaca panas melampau sekarang, dapat menikmati Tau Fu Fah sejuk pastinya memberi...

Muhyiddin Dakwa Kerajaan Perpaduan...

SEREMBAN: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Kerajaan Perpaduan yang...

Donald Trump Zalim: Malala Yousafzai

RIO DE JANEIRO – Pemenang Anugerah Nobel Keamanan, Malala Yousafzai menyifatkan dasar Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, iaitu memisahkan anak pendatang haram dari keluarga mereka sebagai zalim.

Malala dilaporkan berkata demikian pada kunjungan pertamanya ke Amerika Selatan bagi mempromosi pendidikan bagi kanak-kanak perempuan.

Ketika ini, lebih 2,300 kanak-kanak terpisah dari ibu bapa mereka selepas pentadbiran Trump menguatkuasa dasar ‘tiada toleransi’ terhadap pendatang haram yang masuk ke negara itu, sejak Mei lalu.

Dasar itu membolehkan semua pendatang dewasa didakwa jika didapati menyeberangi sempadan dari Mexico untuk masuk ke Amerika Syarikat secara haram.

Namun, bulan lalu, Trump bersetuju menamatkan dasar memisahkan keluarga pendatang itu selepas menerima bantahan orang ramai, selain ia turut dicabar di mahkamah.

“Ia satu tindakan yang zalim, ia juga tidak adil dan tidak berperikemanusiaan. Saya tidak tahu bagaimana seseorang itu boleh melakukannya.


“Saya harap kanak-kanak itu boleh bersama dengan ibu bapa mereka,” kata Malala kepada Reuters, semalam.

Ketika ini, Malala berada di Rio de Janeiro bagi melancarkan projek kebajikan dalam bidang pendidikan yang dikendalikan oleh Dana Malala di Amerika Latin dan ia bermula di Brazil. – Reuters/BH ONLINE

Kategori