Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Hasil Tinggi Kerajaan 2019...

PETALING JAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, hasil tinggi yang diperolehi...

Perutusan Nuzul Al-Quran 1436H/2015...

Bismillahirrahmanirrahim,Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,1. Alhamdulillah, dengan penuh keinsafan diri, marilah kita mensyukuri nikmat untuk...

‘Arnab’ Misteri Muncul Setiap...

SEJAK tahun lalu, pada hari pertama setiap bulan, seekor arnab setinggi 6 kaki...

Den Wahab Tidak Halalkan...

PETALING JAYA - Pelakon Den Wahab sudah malas untuk memikirkan dan mengharap wang...

Dorong Golongan Muda Sertai Pertandingan Inovasi

ARAU – Penglibatan golongan muda khususnya pelajar sekolah dalam pertandingan reka cipta dan inovasi harus diberi dorongan, agar minat terhadap sains dan teknologi dapat terus dipupuk seiring dengan perkembangan global masa kini.

Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Prof. Datuk Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata minat anak muda dalam bidang kejuruteraan dan teknologi semakin meningkat dan ia boleh dimanfaatkan jika diberi bimbingann dan sokongan yang sewajarnya.

“Setiap tahun UniMAP menganjurkan pelbagai pertandingan inovasi yang mendapat sambutan menggalakkan dan bilangan penyertaan sentiasa bertambah,” katanya kepada Bernama selepas menutup program ‘Perlis Engineering Research, Learning and Innovation Symposium 4.0’, di Pauh Putra di sini, hari ini.

Beliau berkata pada program itu sebanyak 13 sekolah merangkumi sekolah rendah dan menengah di Perlis mengambil bahagian menerusi 45 produk reka cipta berasaskan sains dan teknologi.

Penganjuran program itu merupakan kerjasama di antara Institut Kajian Institusi Raja, Kepimpinan dan Komuniti UniMAP dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dengan sokongan Jabatan Pendidikan Perlis serta Persatuan Penyelidikan dan Inovasi Malaysia (MyRIS).

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Canselor UniMAP dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil merangkap Pro-Canselor UniMAP, berkenan berangkat ke program berkenaan.

Tuanku Syed Faizuddin ketika merasmikan program itu bertitah pembudayaan inovasi dan kreativiti perlu dipupuk secara terancang dan konsisten.


“Inovasi pada hari ini telah menjadi penanda aras baharu global yang bukan sahaja bersifat baharu, unik dan bermanfaat, malah mampu berfungsi sebagai pemangkin kepada kesejahteraan masyarakat,” titah baginda.

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad, Arau muncul juara menerusi ciptaan ‘EM-Converter’ iaitu sejenis inovasi yang mampu memproses sisa makanan menjadi baja kompos dan gas memasak.

Berikutan kemenangan itu, sekolah berkenaan terpilih ke ‘Kaohsiung International Invention and Design Expo’ di Taiwan pada Disember ini dan akan ditaja sepenuhnya oleh YTSP dan UniMAP. – BERNAMA

Kategori