Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Pos Malaysia Perkenal Identiti...

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Bhd hari ini memperkenalkan identiti korporat baharunya, yang...

Malaysia Dapat Manfaat Daripada...

GEORGE TOWN - Malaysia akan mendapat manfaat daripada era baru pengkomputeran pengilangan yang dikenali sebagai Revolusi Pengindustrian Keempat (Industri 4.0), berikutan jangkaan peningkatan dalam pelaburan...

Cadang Tubuh J/kuasa Pantau...

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan mencadangkan sebuah jawatankuasa pemantau ditubuhkan bagi memantau pelaksanaan laporan...

Ambang Merdeka Papar Semangat...

KUALA LUMPUR - Tema "Sehati Sejiwa" yang dikekalkan pada sambutan Hari Kebangsaan 2016...

Dr. Amalina Puji Catriona Ross

PELAKON drama popular, Jangan Benci Cintaku, Catriona Ross, berbesar hati apabila Dr. Nur Amalina Che Bakri memuji usahanya tidak bergantung kepada sebarang pil kurus dan makanan tambahan untuk menurunkan berat badan.

Dr. Amalina kini bertugas sebagai pakar pelatih surgikal di The Royal College of Surgeons, England, memuat naik kenyataan memuji Catriona yang kerap bersenam dan menjaga pengambilan makanan tanpa bergantung kepada sebarang ubat atau pil kurus yang disifatkan boleh membahayakan kesihatan.

Menjelaskan perkara itu, Catriona dengan rasa rendah diri, bersyukur dan berterima kasih dengan kenyataan diberikan Dr. Amalina kerana ia datang daripada seorang yang profesional dalam dunia perubatan.

“Apa membuatkan saya tersenyum adalah kenyataan diberikan beliau dapat membantu dan memberi inspirasi untuk terus memperbaiki usaha pada masa depan.

“Saya harap kata-katanya dapat dijadikan sebagai pembakar semangat kepada wanita terutama bergelar ibu agar kembali sihat dengan cara yang betul,”€ katanya.

Catriona yang mempunyai tiga cahaya mata berkata, dia terharu membaca kenyataan Dr. Amalina di laman sosialnya.

Malah, dia tidak menyangka doktor yang juga pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan keputusan 17A1 itu memerhatikan perkembangannya dalam usaha menurunkan berat badan secara menjalani gaya hidup sihat.


“Seperti dikatakan Dr. Amalina, memang benar saya tidak pernah mengambil sebarang pil diet kerana bimbang kesan akibatnya malah saya turut menjaga pemakanan harian,”€ katanya.

Menceritakan rutin dilakukan menurunkan berat badan, Catriona ke gimnasium tiga kali seminggu dan bersenam selama sejam.

Pengambilan makanan harian turut diberi perhatian. – myMetro Online 

Kategori