Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Waktu Subuh Di Perak...

IPOH - Waktu solat Subuh di Perak ditambah lapan minit daripada waktu sedia...

Tahap Kesuburan Wanita Malaysia...

KUALA LUMPUR - Tahap kesuburan di kalangan wanita Malaysia menunjukkan penurunan mendadak sejak...

Johor Akan Jalankan Pembayaran...

MAJLIS Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sebelum ini telah memperkenalkan sebuah aplikasi khusus dalam...

Najib Ucap Tahniah Kepada...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menzahirkan...

“Saya Mungkin Dah Mati Tanpa Sains”

PERDANA Menteri, Dr. Mahathir Mohamad kini merupakan ketua kerajaan tertua di dunia dan pada hari ini menyambut ulang tahunnya yang ke-93.

Bagaimanapun, Mahathir berkata beliau mungkin sudah meninggal dunia ketika beliau mengalami serangan jantung pertama pada tahun 1989 ketika berusia 64 tahun, jika bukan kerana kemajuan sains dalam bidang perubatan.

“Sebelum ada pakar bedah jantung, saya tidak akan bertahan. Saya akan meninggal dunia pada saat serangan jantung pertama itu.

“Sebelum ini, jika kamu membuka dada, kamu akan mati kerana paru-paru akan rosak,” kata Mahathir dalam program Astro Awani yang turut menampilkan doktor yang mengetuai pasukan pakar bedah yang menyelamatkannya, Dr. Yahya Awang.

Negarawan dalam usia emas itu berkata mujurlah ada kemajuan sains perubatan seperti mesin jantung dan paru-paru yang membantunya terus bertahan untuk hidup.

TAWARAN SUAKA KE AS

Yahya bergurau pada pagi pembedahan itu beliau ditawarkan suaka di Amerika Syarikat.

“Saya masih ingat, ahli kardiologi Amerika bersalaman dengan saya pada pagi pembedahan tersebut dan berkata Yahya jika kamu memerlukan suaka perubatan kamu boleh datang ke Amerika,” katanya berselang-seli tawa.


Mahathir mendapat dua lagi serangan jantung pada tahun 2006 dan setahun kemudian menjalani pembedahan pintasan kuadrup.

Kesemua rawatan jantung Mahathir dan jangkitan dada seterusnya telah dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

Sementara itu, selain kemajuan perubatan, Mahathir dan Yahya menyifatkan usia panjang perdana menteri disebabkan campuran faktor genetik dan disiplin.

Yahya berkata Mahathir telah mendengar nasihat doktornya, mengambil ubatnya dan selalu melakukan senaman.

Mahathir juga mengulangi nasihat ibunya untuk tidak makan terlalu banyak. – www.malaysiakini.com

Kategori