Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Isu Denda RM500 Biak...

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat pagi ini hampir kecoh apabila Datuk Seri Abdul...

2019 Menjanjikan Lebih Kehangatan?

ADA seorang rakan wartawan memberitahu saya tidak adil Azmin sebagai Timbalan mahu mengarahkan...

Sarawak Umum Bantuan RM500...

KUCHING - Kerajaan Sarawak hari ini mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan (BKK) sempena...

Final Piala Malaysia: Rapid...

KUALA LUMPUR - Rapid KL bakal melanjutkan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) di...

Dua Lelaki Ditahan Bersama Dadah Bernilai RM462,000

GEORGE TOWN – Polis menumpaskan satu sindiket memproses dan mengedar dadah apabila menahan dua lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM462,000 dalam serbuan di sebuah rumah teres tiga tingkat di Taman Seri Segar, Butterworth dekat sini Isnin lepas.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Roslee Chik berkata sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri menyerbu rumah yang turut dijadikan makmal memproses dadah itu pada pukul 4.45 petang dan menahan dua sahabat berusia 42 dan 51 tahun itu.

“Serbuan itu dibuat hasil risikan sejak seminggu lepas dan hasil pemeriksaan polis menemui pelbagai jenis dadah dalam rumah yang sewa sindiket berkenaan antaranya ketamin seberat 8.1kg dan pil eramin 5 sebanyak 4,000 biji.

“Selain itu, kami turut merampas serbuk kafein seberat 25.6kg, heroin (0.107kg), syabu (0.51kg) dan pelbagai cecair kimia serta peralatan untuk memproses dadah di rumah berkenaan. Semua dadah itu bernilai RM462,000,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata berdasarkan siasatan, dua lelaki terbabit menjadikan rumah itu sebagai tempat memproses dadah sejak sebulan lepas dan mereka dipercayai mempunyai kepakaran untuk memasak bahan itu.

Roslee berkata sindiket terbabit juga dipercayai berpindah randah dengan menyewa rumah dari satu kawasan ke kawasan lain di negeri ini untuk memproses dadah bagi mengelak dikesan polis.


Beliau berkata berdasarkan siasatan, sindiket itu mendapatkan bekalan untuk membuat dadah daripada negara jiran sebelum memprosesnya semula dan semua dadah yang dirampas itu adalah untuk pasaran di Pulau Pinang.

“Dalam serbuan itu, kami turut menyita wang tunai sebanyak RM2,500, sebuah kereta Honda Accord, tiga motosikal…semuanya bernilai RM20,280. Polis juga sedang mengesan beberapa lagi anggota sindiket memproses dan mengedar dadah terbabit,” katanya.

Beliau berkata dua lelaki yang tidak bekerja dan masing-masing mempunyai 12 serta tiga rekod lampau berkaitan dadah serta jenayah itu direman sehingga 30 Julai ini bagi membantu siasatan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • dadah

Kategori