Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

“Mengapa Najib Dapat Pasport?”...

Tun Dr. Mahathir Mohamad mempersoalkan kebenaran diterima Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapatkan pasport antarabangsanya untuk tempoh sementara bermula 20 Oktober sehingga 22 November ini.

Kerjasama K’jaan Kelantan, Persekutuan...

KUALA LUMPUR - Persatuan Peniaga dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) mengalu-alukan kerjasama antara...

2.9 Juta Penerima Dapat...

PUTRAJAYA - Program Subsidi Petrol (PSP) yang dilancarkan kerajaan hari ini, akan menyalurkan...

QZ8501: 6 Mayat Lagi...

PANGKALAN BUN, Kalimantan – Kumpulan penyelam menemui enam mayat yang masih berada di...

Dua Pegawai Kanan BTN Antara Lima Ditahan SPRM

KUALA LUMPUR – Dua penolong pengarah kanan Biro Tatanegara (BTN) merupakan antara lima individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak hari ini kerana dipercayai membuat tuntutan palsu melibatkan wang berjumlah kira-kira RM600,000.

Menurut sumber, kesemua suspek iaitu tiga lelaki dan dua wanita berusia antara 34 dan 55 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Sarawak ketika hadir untuk memberi keterangan kira-kira 4.30 petang.

Sumber itu berkata tiga daripada individu terbabit pernah berkhidmat di BTN Sarawak namun kini telah berpindah ke jabatan lain serta bersara.

“Mereka dipercayai bersubahat dengan 43 buah syarikat di seluruh Sarawak dengan mengemukakan dokumen yang mengandungi butiran palsu untuk membuat tuntutan pembayaran kerja,” kata sumber itu.

Menurut sumber itu, jumlah tuntutan bagi satu-satu kerja bernilai RM2,000 hingga RM6,000 dan kesemua pembayaran dibuat ke beberapa akaun pemilik syarikat pada 2016.

“Kelima-lima suspek dipercayai mengambil keuntungan daripada setiap syarikat yang dipilih mereka.


“Siasatan juga mendapati kira-kira 70 peratus perkhidmatan atau pembekalan yang dilakukan oleh syarikat-syarikat terbabit kepada pihak BTN adalah tidak wujud atau tidak dilaksanakan dalam tempoh tersebut,” kata sumber itu.

Kelima-lima suspek yang mempunyai kawalan ke atas akaun BTN dipercayai menggunakan wang tersebut untuk kegunaan peribadi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sarawak Razim Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan memaklumkan bahawa SPRM Sarawak kini dalam proses mendapatkan dokumen berhubung pembayaran yang dibuat.

Kelima-lima suspek ditahan bagi membantu siasatan awal mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan suruhanjaya itu akan memohon perintah reman terhadap mereka di Mahkamah Majistret Kuching, esok, katanya. – BERNAMA

Kategori