Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

TH Laksana 3,700 Badal...

MAKKAH - Lembaga Tabung Haji (TH) melaksanakan sebanyak 3,700 badal haji (upah haji)...

Kanak-Kanak Dijumpai Selepas 4...

SHAH ALAM - Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dilaporkan hilang di...

DBKL Nafi Paip Kumbahan...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan paip kumbahan di Jalan...

Fahmi Reza Gagal Ketepi...

PUTRAJAYA - Pereka grafik, Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin gagal dalam percubaan terakhir...

ECRL Antara Isu Dibincang Pada Lawatan PM Ke China

KUANTAN – Lawatan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke China yang dijangka pada pertengahan bulan depan, antara lain akan membincangkan kajian projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata selain ECRL, perkara lain yang akan dibincangkan ialah aspek pendidikan dan perniagaan selain meningkatkan hubungan kerjasama antara kedua-dua negara yang sudah lama terjalin.

Setakat ini pihaknya sedang berhubung dengan kementerian luar negara tersebut untuk menentukan tarikh dan atur cara lawatan perdana menteri, katanya.

Mengulas mengenai ECRL, Saifuddin yang juga Anggota Parlimen Indera Mahkota berkata mereka akan membincangkan perjanjian yang ditandatangani oleh kerajaan terdahulu.

“Ia bukan bermakna kita mahu hentikan (projek ECRL) tetapi kita hendak melihat bagaimana beberapa perkara tertentu boleh diperbaiki dan ditambah nilai,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Ibu Bapa Peringkat Pahang di Kampung Chengal Lempong di sini, hari ini.

ECRL yang melibatkan laluan daripada Pelabuhan Klang ke Pengkalan Kubor, Kelantan diluluskan Kabinet pada 2016 dan 2017 dengan China Communications Construction Company (CCCC) dilantik sebagai kontraktor utama.

Kos keseluruhan sebenar projek ECRL dijangkakan mencecah RM81 bilion termasuk kos pengambilalihan tanah dan faedah pinjaman semasa pembinaan projek, dan pelaksanaannya digantung pada 3 Julai lalu ekoran arahan kerajaan.


Selain ECRL, projek dengan China yang digantung kerajaan adalah Multi-Product Pipeline (MPP) dan Trans-Sabah Gas Pipeline (TSGP) bernilai RM9.4 bilion.

Saifuddin berkata objektif utama dalam lawatan itu adalah untuk menjaga hubungan perdagangan antara kedua-dua negara.

“Pihak kami masih berbincang dengan kerajaan China dan setakat ini perbincangan di peringkat pegawai berjalan dengan begitu baik,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • ECRL

Kategori