Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pemuda Menyamar Polis Untuk...

SEORANG pemuda yang risaukan mengenai bapanya yang kerap mengunjungi rumah pelacuran, telah mengambil...

Ibrahimovic Beri Bayangan Sertai...

ZLATAN IBRAHIMOVIC memberi bayangan bahawa dia bersedia bermain untuk Sweden pada Piala Dunia...

Seks Dengan Kanak-Kanak Bawah...

KUALA LUMPUR - Mana-mana individu yang melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak berumur 16...

Sedia Bawa Aduan Rasuah...

MELAKA - Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron bersedia menerima sebarang aduan tentang...

FAM Hantar Pegawai Keselamatan Iringi Skuad B-23

PETALING JAYA – Demi memastikan keselamatan pemain terjamin, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menghantar seorang pegawai keselamatan untuk mengiringi skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan ke Sukan Asia 2018 di Indonesia, bulan depan.

Perkara itu disahkan ketua jurulatih skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee selepas beliau dimaklumkan oleh Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin.

Kim Swee berkata langkah FAM menghantar seorang pegawai keselamatan itu mampu meningkatkan tahap keselamatan pasukan sekali gus membantu pemain memberi sepenuh tumpuan terhadap saingan di Indonesia.

“Saya telah dihubungi Presiden FAM dan dimaklumkan bahawa kita akan mendapat seorang pegawai keselamatan untuk bersama pasukan di mana kita tahu keadaan amat tegang di sana (Indonesia).

“Apa paling penting ialah keselamatan pemain dan pegawai. Jika kita mempunyai perancangan dari segi keselamatan dengan adanya pegawai keselamatan ini, saya percaya beliau mempunyai perancangan tertentu jika berlaku sebarang kemungkinan nanti,” katanya ketika ditemui pemberita pada sesi latihan skuad B-23 negara di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini, hari ini.

Persengketaan dan provokasi membabitkan penyokong bola sepak Malaysia dan Indonesia merupakan satu senario lazim yang berlaku apabila kedua-dua negara bertanding dalam mana-mana kejohanan yang sama.


Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini situasi itu semakin tegang apabila skuad Bawah 19 Tahun (B-19) negara terpaksa berdepan detik cemas sejurus menewaskan Indonesia untuk melangkah ke final Kejuaraan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) B-19 2018.

Skuad B-19 kendalian ketua jurulatih, Bojan Hodak itu terpaksa berlari memasuki bilik persalinan dengan dilindungi perisai pihak pasukan keselamatan tempatan bagi mengelak daripada terkena objek keras yang dibaling penyokong tuan rumah.

Nasib sama turut menimpa skuad Bawah 16 Tahun (B-16) kebangsaan apabila penyokong Indonesia bertindak menghina nama Malaysia dan menyanyikan ‘chant’ berbunyi “Malaysia itu anjing” pada aksi sulung Kejuaraan AFF B-16 2018 di Stadium Joko Samudro, Surabaya, berdepan Thailand, semalam. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • FAM

Kategori