Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Berat Badan Trump Cecah...

BERAT badan Presiden Donald Trump dilaporkan bertambah sehingga capai tahap obesiti. Laporan Indeks Jisim...

PM Adakan Pertemuan Dengan...

SINGAPURA - Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual mengadakan tiga mesyuarat dua hala...

Siapa MB S’gor Yang...

SHAH ALAM - Istana Selangor hanya akan mengumumkan nama menteri besar Selangor yang...

Jenazah Mohamed Sabri Selamat...

KUALA LUMPUR - Jenazah mangsa helikopter terhempas di Taman Melawati, Allahyarham Komander (B)...

Fidofilia Sasar Budak Miskin Dipenjara 18 Tahun

LONDON – Seorang lelaki dipenjara 18 tahun kerana merogol dan melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak miskin di Kenya selepas mengeksploitasi hubungan baik dengan keluarga mangsa.

Mahkamah Diraja Leeds menjatuhkan hukuman itu terhadap Keith Morris, 72, selepas dia didapati bersalah pada 22 Mei lalu atas tuduhan merogol mangsa yang berusia 13 dan 14 tahun.

Morris didakwa memilih dua kanak-kanak perempuan paling lemah di sebuah kampung terpencil di Kenya dengan seorang daripada mangsa dirogol lebih 20 kali ketika melancong ke negara itu antara 2016 hingga 2017.

Dia sering melancong ke Kenya bersama isteri dan cucunya.

Lelaki itu juga mengeksploitasikan hubungan baiknya dengan keluarga mangsa dengan memberikan mereka wang dan hadiah serta turut membantu penduduk kampung yang lain.


Morris yang berasal dari Hull sering membawa kanak-kanak di kampung itu bersiar-siar dengan membelikan mereka gula-gula, alat solek, makanan dan mempelawa mereka tinggal di bilik hotelnya.

Lelaki itu disiasat apabila pelancong Britain lain curiga melihat kelakuan Morris terhadap mangsa ketika di hotel sebelum memaklumkan rakannya yang juga anggota polis.

Siasatan antarabangsa dilancarkan dan Morris ditahan pada Februari 2017 di lapangan terbang Humberside ketika pulang dari Kenya. – Daily Mail/mStar Online

Kategori