Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Vanessa Pernah Datang KL…?

KISAH penahanan aktress Indonesia Vanessa Angel kerana dipercayai terbabit dalam aktiviti pelacuran ‘online’...

Nabil Timang Cahaya Mata...

SEKALUNG tahniah diucapkan kepada pelawak terkenal Nabil Ahmad dan isteri, Nazirah Ayub yang...

Detik Cemas Ular Berusaha...

VIDEO dramatik seekor ular tedung yang cuba memasuki sebuah rumah di Batu Pahat,...

MCMC Terima Lebih 6K...

IPOH - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima sebanyak 6,725 aduan mengenai...

Foto ‘Throwback’ Intan Undang Kemarahan

BEKAS isteri kepada Ude iaitu Intan Liana Saleh berang apabila ada individu yang kurang senang apabila dia memuat naik foto kenangan bekas suaminya itu bersama anak-anak mereka di laman sosial Instagram miliknya pada malam Isnin.

Intan berkata, tindakan itu bukan suatu perkara yang salah kerana ia hanya sekadar gambar kenangan ketika dia masih menjadi isteri kepada Ude atau Muhammad Radzi Abdul Wahid.

“Suka hati nak letak gambar throwback ke apa… apa masalah sis? Aku nak letak gambar kenangan aku bersalin suami dulu teman pun boleh la. Gambar kahwin aku pun boleh… Apa masalahnya?” tulis Intan.

Intan berkata demikian selepas dia memuat naik foto Ude bersama anak-anaknya dengan kapsyen bahawa lelaki itu adalah bapa kepada anak-anak berkenaan.

“Tb (throwback) je pun bukan tibai (rampas) laki (suami) orang sah-sah bapa anak-anak aku juga. Sorry terkasar bahasa sikit,” ujarnya.

Rata-rata netizen menyokong tindakan Intan yang menganggap wanita itu akhirnya berani bersuara.

Dalam pada itu, Intan berkata, dia berdiam selama ini adalah atas pilihannya dan bukan kerana termakan budi mana-mana pihak.


“Konon selama ini aku tak berani bersuara kerana banyak makan budi kau, tolong sikit, nak ke aku bersuara?” soalnya.

Tambah Intan dia juga bersedia untuk bertemu individu yang dimaksudkan itu jika ada perkara yang masih tidak selesai.

Katanya, dia tidak mahu lagi mendengar tentang perkara buruk yang hanya mengundang fitnah semata-mata.

Awal tahun ini, nama Intan menjadi perhatian apabila perkahwinan kedua Ude dengan aktres Izreen Azminda terbongkar.

Bagaimanapun Ude menceraikannya dengan talak satu pada 22 Mac lalu selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.

Mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Arish Muqri, 3, dan Ariq Muqri, 1 tahun, manakala Ude dan Izreen berkahwin secara rahsia pada 8 Ogos tahun lalu. – Mstar

Kategori