JAKARTA – Gempa bumi pada kedalaman cetek berukuran 6.4 magnitud menggegarkan Pulau Lombok di Indonesia hari ini, lapor Pusat Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS).
Tiada laporan kerosakan mahupun kecederaan diterima setakat ini susulan gegaran kuat pada kedalaman tujuh kilometer itu.
Indonesia yang terdiri daripada ribuan pulau terletak di garisan lingkaran api pasifik, pusat aktiviti gegaran seismik. – AFP/BH ONLINE