Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kadar Pengangguran Di Sabah...

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan kadar pengangguran yang tinggi mencapai lapan peratus pada 2020...

31 Kemalangan Di Sekolah...

SANDAKAN - Berlaku 31 kemalangan di sekolah di negara ini dalam tempoh lepas...

Pemuda PAS Perak Puas...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS (DPP) Perak mendakwa tetap berpuas hati dengan...

Berkeley Corner Terpaksa Hentikan...

PUTRAJAYA - Berkeley Corner, restoran makanan India yang popular di Klang, terpaksa menghentikan...

Gerhana Bulan Penuh, Planet Marikh 27 Dan 28 Julai Ini

KUALA LUMPUR – Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh dan planet Marikh dari lebih dekat melalui teleskop yang disediakan di perkarangan pintu masuk Planetarium Negara pada 27 dan 28 Julai ini.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar (MOSTI), beberapa buah teleskop disediakan khas bagi tujuan itu oleh Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, Kelab-Kelab Falak dan Persatuan Stargazer pada kedua-dua hari berkenaan.

Pada 27 Julai bermula pukul 9 hingga 11.30 malam, program pencerapan Planet Marikh akan dijalankan, manakala program pencerapan gerhana bulan penuh pula diadakan pada 28 Julai bermula 1 pagi hingga 7 pagi.

Siaran langsung melalui Facebook juga akan diadakan pada 28 Julai pukul 2 pagi bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat lintas langsung berkenaan fenomena itu.

Menurut kenyataan itu, bagaimanapun, kenampakan kedua-dua fenomena berkenaan bergantung kepada keadaan cuaca. Orang ramai digalak hadir ke Planetarium Negara dan tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan fenomena luar biasa ini.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Planetarium Negara di talian 03-22735484 atau laman sesawang www.planetariumnegara.gov.my atau laman Facebook Planetarium Negara. – BERNAMA

Kategori