Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

6,000 Dos Vaksin Virus...

SITIAWAN - Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah menghantar 6,000 dos vaksin virus Rabies atau...

Bunuh Segambut: Mayat 3...

KUALA LUMPUR - Mayat tiga beranak dipercayai dibunuh di sebuah rumah sewa di...

P.Pinang Akan Terus Benarkan...

GEORGE TOWN - Persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini diberitahu kerajaan...

Pusat Pemindahan Banjir Di...

KULIM – Pusat pemindahan banjir di Bandar Baharu ditutup sepenuhnya tengah hari ini...

GLC: Kerajaan PH Diminta Berhenti Singkir Bakat Melayu

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diminta menghentikan tindakan menyingkir bakat-bakat Melayu daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, tindakan pembersihan tokoh korporat atau ‘corporate figure cleansing’ itu perlu dihentikan segera.

“Tindakan menyingkir atau menyebabkan tersingkirnya mana-mana bakat terbaik Melayu daripada memimpin GLC atas alasan kecenderungan politik tanpa disandarkan kepada faktor kegagalan mengurus dan prestasi yang buruk adalah satu penganiayaan dan amalan yang wajar dihentikan serta merta.

“Saya menyeru dan amat berharap agar Kerajaan PH menghentikan segera tindakan pembersihan tokoh korporat ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Terdahulu, Mohamed Khalid yang juga bekas Menteri Besar Johor berkata, siri perletakan jawatan dan penamatan kontrak pelbagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Ahli Lembaga Pengarah GLC sejak peralihan kuasa daripada Kerajaan Barisan Nasional (BN) amat menggusarkan.

Menurut beliau, ia kelihatan seolah-olah kerajaan PH mengambil pendekatan yang mirip diamalkan oleh Bekas Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush – ‘if you are not with us, you are against us’.

Jelas beliau, dalam konteks lain yang lebih ringkas, kerajaan PH boleh dianggap mengamalkan pendekatan ‘a zero sum game’ – sebelah pihak menang semua dan sebelah lagi tewas sepenuhnya.

Tambah beliau, pendekatan seperti itu gagal mengharmonikan kelebihan dan kekuatan sedia ada yang sepatutnya digunakan sepenuhnya demi mendapat hasil dan manfaat untuk rakyat dan negara sekaligus merugikan semua pihak.


Malah, kata beliau, ia bercanggah dan mengkhianati aspirasi membangunkan tanah air ini bersama-sama dengan memaksimumkan penggunaan bakat terbaik tanpa mengira kecenderungan politik.

“Saya berpendapat tindakan menyingkir dan memaksa perletakan jawatan pegawai tinggi GLC, sama ada secara langsung atau tidak langsung adalah sangat bertentangan dengan semangat dan amalan politik baru yang seharusnya mengembleng semua potensi terbaik Malaysia untuk membangunkan Malaysia Baharu.

“Lebih-lebih lagi semua jawatan tertinggi di GLC diisi oleh individu dan tokoh yang mempunyai pengalaman, kepakaran dan percapaian yang terbukti serta kepimpinan yang teruji,” katanya.

Kata beliau lagi, lebih merugikan tindakan kerajaan PH menyingkir dan memaksa perletakan jawatan pegawai tinggi itu sangat bersalahan dengan aspirasi membangunkan keupayaan ekonomi bangsa Melayu dengan lebih strategik.

“Saya berpendirian salah satu strategi untuk membangunkan kebolehsaingan ekonomi orang Melayu dan menjayakan ekonomi Malaysia yang inklusif dengan mengangkat dan mengiktiraf pemimpin korporat serta pengurus ekonomi dan kewangan yang kompeten dan berwibawa,” katanya. – MYNEWSHUB.TV

Kategori