Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Khairy Tepis Cadangan Guna...

KUALA LUMPUR - Ketika skuad bola sepak kebangsaan dikritik hebat susulan dua kekalahan...

Bayi 2 Minggu Ditinggalkan...

BATU GAJAH - Seorang bayi perempuan dipercayai berusia antara satu hingga dua minggu...

Siapa Kata Mahathir Tidak...

DALAM siri kempennya, Penasihat Pakatan Harapan yang bertanding di Parlimen Langkawi sebagai CalonPKR,...

Apakah Pendrive Punca FAM...

APABILA Tunku Mahkota Johor (TMJ) mengisytiharkan kemenangan dalam isu pertelingkahan dengan FAM, ia...

Guan Eng ‘Kecam’ Israel, Nurul Izzah Jemput Radiohead

PEMIMPIN DAP Lim Guan Eng semalam mengecam tindakan Israel meluluskan undang-undang yang mengiktiraf status Israel sebagai sebuah negara Yahudi.

Undang-undang baharu ini bermakna Yahudi mendapat status istimewa di Israel manakala warganegara etnik lain terutama Arab yang memang berasal dari situ didiskriminasi.

Ini satu lagi langkah pembersihan etnik yang dilakukan secara sistematik oleh Israel terhadap orang Arab dan Islam.

Zionis merobohkan rumah di Baitul Maqdis, di Gaza, dan seluruh Palestin, pada masa sama mereka membina penempatan baharu untuk pendatang Yahudi di Tebing Barat.

Akhirnya, seluruh kawasan ditakluk akan berubah sifat menjadi kawasan Yahudi, yang didiami orang Yahudi, nama tempat ditukar ke nama Yahudi dan segala kesan-kesan sejarah Islam dihapuskan.

Inilah isu utamanya, bukan semata-mata tindakan Zionis meluluskan undang-undang itu, yang dilakukan berpuluh tahun selepas mereka membunuh orang Palestin dan merampas tanah mereka.

Bukan sahaja orang Arab sudah didiskriminasikan melalui undang-undang itu, tetapi sudah dizalimi berpuluh tahun.

Kalau Guan Eng mahu bercakap tentang kezaliman Israel, kelulusan undang-undang baharu oleh Zionis itu hanya satu bahagian yang kecil, atau hanya tip of the iceberg.

Kalau Guan Eng sedia mengecam tindakan mendiskriminasi warga Arab Israel itu, banyak lagi yang sepatutnya dikecam dengan lebih keras oleh beliau dan partinya.

Kenyataan Guan Eng itu hanyalah satu retorik untuk menunjukkan sikap yang baik kepada orang Islam, mungkin untuk menjaga imej kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan DAP.

Dalam kecaman itu, Guan Eng nampaknya turut menyindir konsep “ketuanan Melayu” apabila menyebut undang-undang itu menjunjung “ketuanan Yahudi”.

Umum sedia maklum yang bukan amalan DAP membuat kenyataan mengecam Israel selama ia wujud dalam politik Malaysia selama ini.

Kekejaman Israel bukan baru berlaku dengan undang-undang itu, tetapi sudah berkali-kali, dan tahap kekejaman lebih buruk sudah banyak kali disaksikan.


Selama ini, tidak ada kenyataan daripada DAP, malah mereka langsung tidak menunjukkan sensitiviti terhadap isu umat Islam ini.

Serangan ke atas Gaza yang lebih ganas, pencabulan dan kekejaman Israel terhadap Masjid al-Aqsa telah berlaku sejak beberapa tahun lalu, tetapi di mana Guan Eng pada masa itu?

Gaza telah diserang hebat oleh Israel sejak beberapa hari lepas, membunuh orang awam termasuk kanak-kanak. Adakah sebarang kenyataan mengecam daripada DAP?

Sejarah DAP (kaitannya dengan PAP di Singapura), dasar DAP, dan strategi politik DAP menerangkan kenapa parti Cina ini tidak bermusuh dengan Israel.

Rakyat Malaysia khususnya orang Islam sudah masak dengan sikap DAP ini, dan kenyataan Guan Eng semalam hanyalah satu retorik murahan.

Pada masa yang sama semua kekejaman oleh Israel berlaku, tidak ada suara kecaman daripada DAP, malah rakannya dalam PH, Nurul Izzah Anwar mahu menjemput pula kumpulan rock Radiohead yang menyokong Israel.

Ini juga menunjukkan satu kecelaruan berfikir kalangan pemimpin PH, yang tanpa rasa malu mengutamakan jemputan kumpulan rock yang diketahui sikap politiknya.

Jemputan ini malah dikritik sendiri oleh ramai pihak dalam PH, yang sedia maklum isu politik sekitarnya dan menganggap usaha beriya-iya Nurul Izzah mahu menjemput Radiohead ke Malaysia sebagai sesuatu yang pelik.

Ini mendatangkan satu masalah kepada masyarakat Malaysia, mendatangkan satu kecelaruan apabila isu yang mendasar dalam hal Palestin masih tidak difahami banyak pihak.

Apa yang berlaku ini, berpura-pura marah dengan Israel dan pada masa yang sama menjemput penyokong Israel menjadi satu lagi bukti politik yang bersandar retorik dan gimik oleh kerajaan PH. – Mynewshub.tv

Kategori