Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Trump Pilih Malpass Calon...

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Rabu mengumumkan bahawa beliau telah memilih...

Potensi Pelaburan Nadir Bumi...

KUALA LUMPUR - Malaysia berpotensi menarik pelaburan sehingga RM100 bilion dalam industri hiliran...

27 Kanta Lekap Tersangkut...

LONDON - Pakar bedah di sebuah hospital di sini menemui 27 kanta lekap...

Enam Laporan Polis Dibuat...

Kuala Lumpur : Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah menerima enam laporan polis berhubung...

Guan Eng Ucap Takziah Kepada Keluarga Adun Balakong

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengucapkan takziah kepada keluarga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong Eddie Ng Tien Chee yang maut dalam kemalangan awal pagi ini.

Lim yang juga Menteri Kewangan berkata Ng, 40, merupakan seorang daripada ADUN DAP dan ahli Pakatan Harapan yang terbaik bukan sahaja di Selangor tetapi juga di negara ini selain seorang yang teliti, rajin, berdedikasi serta bapa yang penyayang.

“Sikap mendiang yang disenangi pelbagai lapisan masyarakat tidak kira bangsa, agama dan latar belakang menjadi contoh kepada wakil rakyat yang lain.

“Beliau juga amat popular dalam kalangan pengundinya, terutamanya daripada golongan kelas pekerja iaitu mendiang memperoleh 35,538 majoriti undi ataupun 78 peratus daripada jumlah keseluruhan undi dalam pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya umum lepas. Kedua-kedua lawannya daripada Barisan Nasional dan PAS telah kehilangan deposit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lim berkata pemergian Ng adalah satu kerugian yang amat besar bukan sahaja kepada parti DAP tetapi juga kepada negara.


“Pemimpin tertinggi DAP yang pernah bekerja dengan beliau dalam tempoh enam tahun lepas amat terkesan dengan pemergiannya yang tragis. Kehilangannya sukar untuk dicari ganti.

“DAP telah meletakkan harapan yang tinggi kepada Ng dan mendiang merupakan seorang daripada pemimpin masa depan Selangor,” katanya.

Dalam kejadian pada kira-kira 12.30 tengah malam, mendiang yang memandu kenderaan Nissan X-Trail dari arah Kuala Lumpur ke Kajang, maut selepas melanggar belakang sebuah lori di KM11.7 Lebuhraya Grand Saga. – BERNAMA

Kategori