Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bayaran Haji Kekal, Tidak...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) perlu menanggung subsidi hampir RM400 juta,...

Pelancong Dipenjara Kerana Cabul...

KUALA LUMPUR - Seorang pelancong warganegara Bangladesh dihukum penjara 18 bulan dan satu...

Keunikan Anyaman Buluh ‘Salingkawang’...

KENINGAU - "Hendak tahu apa istimewanya produk anyaman Batu Lunguyan? Ia disebabkan ada...

Hanya Sebab Perkataan ‘Awak’,...

"Kalau boleh, jangan guna perkataan "awak" bila buat pertanyaan untuk bakal pelanggan ye,...

Hamdan Dilantik Semula Speaker Dun Perlis

KANGAR – Datuk Hamdan Bahari dilantik semula sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis bagi penggal ke-14 di Kompleks DUN di sini hari ini.

Hamdan adalah nama tunggal dicadangkan Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man untuk memegang jawatan itu dan disokong Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chuping Asmaiza Ahmad.

Bekas pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Perlis itu sebelum ini adalah Speaker DUN menggantikan Datuk Yazid Mat pada 2013.

Pada majlis hari ini, semua 15 ADUN Perlis termasuk lima anggota pembangkang dan seorang bebas mengangkat sumpah sebagai anggota dewan di hadapan Hamdan.

Majlis angkat sumpah itu bermula dengan Azlan, yang juga ADUN Bintong.


Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail akan merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Sidang DUN Ke-14 pada Isnin.

Persidangan DUN akan berlangsung dari Isnin hingga Rabu. – BERNAMA

Kategori