Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

PKPS 2.0 Menyerlahkan Sisi...

Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0 oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)...

Indonesia Mulakan Program Vaksinasi...

JAKARTA – Kementerian Pertahanan Indonesia memulakan program vaksinasi pertama bagi mencegah penyakit mulut...

“Tolong Saya Kuruskan Badan”

JAKARTA - Seorang wanita obes dengan berat badan sekitar 350 kilogram (kg) merayu...

Kumpulan IS Ancam Bunuh...

ALGIERS - Sebuah kumpulan Algeria berkaitan pergerakan jhad Negara Islam (IS) mendakwa menculik...

Hamidin Dilantik Presiden FAM Ke-7

PETALING JAYA – Datuk Hamidin Mohd Amin dilantik sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang ketujuh bagi baki penggal 2017-2021 secara rasmi hari ini.

Pelantikan Hamidin menggantikan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk menerajui kerusi panas itu diisytiharkan secara rasmi pada Kongres FAM ke-54 di sebuah hotel di sini.

Bekas Setiausaha Agung badan induk bola sepak itu menang tanpa bertanding selepas dua pencabarnya telah membuat keputusan menarik diri

Mereka ialah bekas Presiden Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa dan Pengerusi Insititut Sukan Negara (ISN), Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi.

“Rasa sungguh kerdil apabila menjadi rakyat marhaen yang pertama memegang jawatan ini. Tugas berat menanti saya… saya beri jaminan tidak ikut telunjuk mana-mana individu seperti dakwaan beberapa pihak demi pembangunan bola sepak negara,” katanya ketika menyampaikan amanat pertamanya selaku presiden.


Turut hadir mantan Presiden, Tunku Ismail yang juga Pengerusi Liga Bolasepak Malaysia (MFL). Kerusi panas itu menjadi kosong selepas TMJ melepaskan jawatan tersebut pada Mac lalu. – BERNAMA

Kategori