Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Majoriti Kru Kabin Sykt...

SYDNEY - Kira-kira 65 peratus kru kabin syarikat penerbangan Australia telah berdepan gangguan...

Dulu Juruterbang, Kini Usahawan...

SERDANG - Siapa sangka seorang pemuda yang pada satu ketika terbang tinggi di...

‘Terima Kasih Semua Anggota...

KUALA LUMPUR : Selepas hampir sembilan hari, operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita...

Empat Hotspot Denggi Dikesan...

SEREMBAN - Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) mengenal pasti sebanyak empat lokasi hotspot...

Hasanah Lapor Polis Dakwaan Hantar Surat Kepada CIA

PUTRAJAYA – Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid akan buat laporan polis berhubung dakwaan beliau mengirim sepucuk surat kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS).

Dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi peguam beliau, Datuk Shaharudin Ali hari ini, Hasanah berkata beliau dinasihati oleh peguamnya untuk membuat laporan polis.

Hasanah berkata beliau juga akan mengadakan sidang akhbar untuk memperjelaskan keadaan sebenar.

Dalam surat yang didakwa itu bertarikh 4 Mei tahun ini dan dialamatkan kepada Pengarah CIA, Gina Haspel, Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Najib Tun Razak digambarkan sebagai rakan kepada AS.

Dalam surat itu juga, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini merupakan perdana menteri pula disifatkan sebagai “anti-Barat dan anti-Yahudi”.


Surat berkenaan, didakwa ditulis kira-kira seminggu sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, mengucapkan tahniah atas pelantikan Haspel untuk menerajui CIA.

Ia juga merayu AS supaya menyokong pentadbiran Najib “sungguhpun jika Barisan Nasional memenangi pilihan raya itu dengan majoriti mudah atau hanya dengan kelebihan satu kerusi.” – BERNAMA

Kategori