Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Nelayan Dibebaskan Pihak Berkuasa...

JOHOR BAHRU - Empat nelayan tempatan dibebaskan oleh pihak berkuasa Indonesia semalam selepas...

Kerat 15 : Bau...

Ipoh : Lelaki yang bertindak mengerat 15 tubuh ibunya sendiri di sebuah rumah...

Anggota PPBM Terlalu Rakus...

MELAKA - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) disifatkan sebagai parti 'orang gila talak'...

Lagu Ya Hanana Versi...

Kreatif betul orang-orang kelantan ini rupa-rupanya.Lagu nasyid Ya Hanana sememangnya amat popular dan...

Hatrik Alex Benam Jepun

LOS ANGELES – Alex Morgan meledak hatrik bagi membolehkan Amerika Syarikat mengalahkan Jepun 4-2 pada perlawanan pertama Kejohanan Negara yang berlangsung di Mercy Park di Kansas City, hari ini.

Kapten AS, Alex menjaringkan gol pada minit ke-18, 26 dan 56 ketika skuad wanita AS mengatasi Jepun pada perlawanan yang dianggap ulangan final Piala Dunia 2015 – perlawanan yang dimenangi AS di Vancouver.

Pertahanan, Megan Rapinoe menjaringkan satu lagi gol buat tuan rumah yang menjadikan kejohanan itu sebagai medan persiapan untuk pusingan kelayakan Piala Dunia Wanita bagi zon CONCACAF.

Hatrik Alex itu melonjakkan jumlah jaringan antarabangsanya kepada 80 gol sepanjang 143 aksi selain mengekalkan AS di landasan kemenangan. Pemain berusia 29 tahun itu kini menjaringkan 16 gol sepanjang 16 penampilannya.

Gol Jepun dijaringkan pada setiap babak menerusi Mina Tanaka pada minit ke-20 dan Moeno Sakaguchi di hujung babak kedua.

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan, Australia mengalahkan Brazil 3-1.


Skuad Matildas mendahului selepas sembilan minit perlawanan hasil jaringan sendiri pertahanan kanan Brazil, Poliana.

Tameka Butt menggandakan kelebihan Australia sebelum tamat babak pertama sebelum Samantha Kerr menambah gol ketiga pada minit ke-50.

Debinha tampil sebagai penjaring tunggal Brazil pada minit ke-79. – AFP

Kategori