Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ini Dia.. 10 Selebriti...

TOPIK ini memang agak sensitif untuk dibincangkan di negara kita, tetapi berlainan dengan...

Duta AS Tarik Balik...

THE HAGUE - Duta baru Amerika Syarikat ke Belanda, semalam menarik balik ulasan...

DUN Chini: Belum Boleh...

KUALA LUMPUR - Proses penamaan calon dan tatacara pengundian bagi Pilihan Raya Kecil...

Kanak-Kanak 6 Tahun Terselamat...

SUNGAI PETANI - Tindakan seorang wanita membuat laporan polis selepas mengsyaki berlaku kes...

Hilang RM131,630, ‘Hadiah’ Tak Sampai

KUANTAN – Teruja untuk menerima pelbagai barangan mewah daripada kenalan laman sosial, seorang pembantu makmal kerugian RM 131,630, kononnya caj penghantaran hadiah tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata wanita berusia 39 tahun itu mendakwa barangan tersebut dihantar seorang warga Arab yang menetap di United Kingdom dipercayai bernama Mohammed Luqman, dikenali mangsa menerusi Facebook sekitar Januari lalu.

“Mangsa mendakwa suspek adalah pengusaha tekstil di sana dan berhasrat menghantar barangan mewah kepadanya meliputi barang kemas, cincin, kasut, jam tangan, iPad, komputer riba dan beg tangan.

“Bagaimanapun mangsa dimaklumkan barangan tersebut dihantar ke Sarawak sebelum menerima panggilan kononnya daripada pihak kurier, yang meminta bayaran penghantaran,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Mohd Wazir berkata mangsa telah membuat bayaran sebanyak sembilan kali yang dimasukkan ke dalam tujuh akaun berbeza sejak Februari lepas, namun hingga kini tidak pernah menerima barangan tersebut, sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran semalam, selepas merasakan dirinya ditipu.


Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun dan sebat serta boleh didenda, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Kategori