Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

133 Rumah Akan Diserah...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan yakin dapat menyerahkan 133 unit Rumah Kekal Baharu...

Akta Hasutan: Anwar Mahu...

KUALA LUMPUR - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertemu Perdana Menteri,...

Penternak Didakwa Lakukan Seks...

ARGENTINA – Sebuah keluarga di Centro, di sini, kini terpaksa menyembunyikan diri selepas...

UMNO Keluar Surat Kepada...

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO Malaysia Tan Sri Annuar Musa berkata, ucapan...

HQE Perintis Projek Rekod Penjagaan Kesihatan Elektronik

KOTA KINABALU – Hospital Queen Elizabeth (HQE) di sini menjadi perintis Projek Rekod Penjagaan Kesihatan Elektronik (EHR) Helium, iaitu sistem kesihatan elektronik bagi mengubah pengendalian dan pengurusan fail tradisional kepada digital.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Isnaraissah Munirah Majilis berkata langkah itu selari dengan kehendak Revolusi Industri 4.0 yang sedang dilaksana di seluruh negara.

“Menerusi sistem ini, maklumat pengurusan pesakit dapat dicapai dengan mudah dan pantas pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

“Dalam jangka masa panjang, kita harapkan sistem ini dapat digunakan sepenuhnya sebagai langkah penjimatan kos pengurusan di hospital-hospital kerajaan,” katanya ketika melancarkan projek itu hari ini.

Projek dibangunkan syarikat tempatan Helium Health Technologies itu adalah antara projek menerusi Program Berimpak Tinggi 6 (HIP 6) yang diseliakan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), melalui anak syarikatnya YIM Technology Resources Sdn Bhd.


Beliau berkata kementerian itu akan meneruskan dan menambah baik program-program yang memberi manfaat kepada rakyat.

Katanya program HIP 6, yang digerakkan oleh YIM dengan sokongan penuh SME Corp Malaysia, akan diperkasakan untuk terus memberi manfaat kepada rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana. – BERNAMA

Kategori