Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Tak Henti Prosiding...

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara mengesahkan tiada tindakan untuk memberhentikan prosiding mahkamah...

Istana Pahang Tarik Darjah...

KUANTAN - Istana Pahang menarik balik dan membatalkan anugerah Darjah Kebesaran membawa gelaran...

Najib Terima Kunjungan Hormat...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan...

Polis Tiada Sebab Tahan...

KUALA LUMPUR - Penganjur dan peserta #KitaLawan harus dibebaskan kerana perhimpunan itu berlangsung...

HSR: Singapura Minta Malaysia Beri Maklum Balas Bertulis

SINGAPURA – Singapura meminta kerajaan Malaysia memberikan maklum balas bertulis menjelaskan kedudukannya berhubung projek Rel Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) sebelum 31 Julai, lapor The Straits Times, di sini.

Memetik jurucakap Kementerian Pengangkutan, laporan berkenaan menyebut bahawa, jika Malaysia berhasrat bertemu dengan Singapura untuk membincangkan projek HSR, ia seharusnya dilakukan menjelang tarikh sama.

“Mereka masih belum memberikan Singapura penjelasan yang diminta, atau berkomunikasi mengenai tarikh cadangan mereka untuk perbincangan,” jurucakap itu dipetik sebagai berkata.

Tambah jurucakap itu, kementeriannya membuat permintaan kepada Malaysia melalui saluran diplomatik.

Laporan itu menyebut, jurucakap berkenaan memberi maklum balas terhadap pertanyaan daripada media berhubung kenyataan yang dibuat Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada Khamis.

Dr Mahathir dilaporkan berkata bahawa, Malaysia akan berunding mengenai penangguhan projek HSR dengan Singapura bagi mengelakkan pembayaran pampasan di bawah rancangan awal untuk membatalkan projek berkenaan.


Beliau juga berkata, akan ada perbincangan mengenai perkara itu apabila Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, melawat Singapura sebelum hujung bulan.

Pejabat Azmin berkata, ia akan memaklumkan Singapura berkenaan tarikh cadangan untuk perbincangan, tetapi belum ada tarikh yang ditetapkan lagi untuk mesyuarat, kata laporan itu. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • HSR

Kategori