Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Gadis Tergamam, KJ Tolong...

TERKEJUT. Itu reaksi yang diluahkan seorang gadis di laman sosialnya ketika menaiki kapal...

Jambatan Tenggelam, Lebih 1,000...

KUALA KRAI - Lebih 1,000 penduduk terputus hubungan apabila jambatan Tanjung Kala, di...

Syanie Akui Sah Cerai,...

PELAKON Syanie atau nama sebenarnya Syaniza Hisham menagkui bahawa dia telah pun bercerai dengan...

Rating Jatuh Mungkin Punca...

SECARA umum, bagi penduduk Johor atau mereka yang pernah berada di negeri selatan...

Ibu Adam Rayqal Luah Sayu Anaknya

SEDIH… Ketika negara gempar berita penemuan mayat bayi lelaki diculik, ditemui dalam peti sejuk di sebuah rumah dekat ibu negara lewat semalam, ibu mangsa nyata tabah menerima ujian Ilahi.

Berdasarkan muat turun dihantar wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Farah Madi, menerusi akaun sosial Facebook pagi ini, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang berusaha cari anaknya tersebut.

“Adam sayang… Sejuk ya dalam peti tu… Takpe sayang nanti masuk syurga semua indah-indah yang Adam dapat… Lagi pesan mama jaga diri kat sana. Nanti mama papa datang ye sayang, kita mandi buih lagi…” tulis wanita itu.

Baca: Mayat Bayi Diculik Dalam Peti Sejuk Rumah Amah

Polis menjumpai mayat bayi usia lima bulan, Adam Rayqal Mohd. Sufi, yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas didakwa diambil seorang lelaki, ditemui mati di rumah pengasuhnya di Kampung Nakhoda, Batu Caves, Selangor.


Susulan itu, pengasuhnya berumur 33 tahun itu bersama rakan serumahnya yang berusia 36 tahun, ditahan polis atas tuduhan bunuh yang boleh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan di mahkamah.

Dalam pada itu, luahan Farah Madi yang berkhidmat di Kementerian Kesihatan ternyata mengundang rasa simpati ramai netizen kerana mangsa merupakan anak pertamanya setelah berkahwin pada 28 April 2017. – Mynewshub.tv

Kategori