Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Majlis Kahwin Yahudi Rai...

BAITULMAQDIS – Pihak berkuasa Israel sedang menyiasat satu rakaman video yang menunjukkan sekumpulan...

Uqasha Muat Naik Foto...

Haaa.. rasanya semua peminat hiburan mengetahui perihal status hubungan cinta yang sudah lama...

Pakistan Komited Hapus Sepenuhnya...

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Pakistan akan terus komited dalam usaha memerangi keganasan...

MKT UMNO Boleh Putuskan...

PETALING JAYA - Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO boleh memutuskan untuk mengadakan pemilihan...

Idea Baharu Perkasa Fungsi, Peranan KPDNHEP

KEPIMPINAN baharu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengetengahkan idea-idea baharu untuk perkasa fungsi dan peranan kementerian itu agar memanfaatkan rakyat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau bersama timbalannya Chong Chieng Jen akan meneliti perkara-perkara yang perlu penambahbaikan dan memberi nilai tambah, khususnya berhubung kepenggunaan dan harga barangan untuk kepentingan rakyat.

“Saya dan timbalan masuk pejabat hari ini dan kami akan mendengar taklimat mengenai struktur, hala tuju dan strategi semasa berkaitan kementerian ini, yang berurusan langsung dengan kepentingan rakyat sebagai penerima manfaat akhir dalam perkara berkaitan kepenggunaan.

“Saya akan buat pengumuman berkaitan setelah saya benar-benar memahami selepas mendengar taklimat dalaman yang diberikan. Dari situ baru kami akan menentukan fokus keutamaan. 

“Saya dan Chong mempunyai beberapa idea baharu dan itu akan kami menterjemahkannya setelah mengambil kira keadaan semasa,” katanya kepada pemberita selepas mengetip kad perakam waktu di KPDNHEP di sini hari ini.


Terdahulu, Saifuddin Nasution dan Chong mengetip kad perakam masa pada 9.18 pagi sebagai simbolik memulakan tugas hari ini.

Ketibaan mereka di perkarangan kementerian disambut ratusan warga kementerian yang diketuai Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Jamil Salleh.

“Sambutan hari ini memberi gambaran bagaimana cerianya kementerian ini dan kami harap suasana kondusif ini dapat kami lanjutkan dalam memimpin kementerian ini,” katanya. -BERNAMA

Kategori