Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pembatalan Dialog Bukan Atas...

PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pembatalan...

Arak, Rokok Dikecuali Dari...

IPOH - Minuman keras dan rokok mungkin dikecualikan daripada senarai item atau barangan...

Kerajaan Wajar Timbang Semula...

SHAH ALAM - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menyarankan kerajaan agar mempertimbangkan semula...

Tabung Haji Serah Zakat...

KOTA KINABALU - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaan berjumlah...

Intan Sarafina Belum Mengaku Kalah

PENYANYI, Intan Sarafina akur, kemunculan semula menerusi program realiti, Gegar Vaganza (GV) musim ketiga selepas lapan tahun menyepi masih belum membuahkan hasil positif.

Sempat muncul dengan single, Jika Aku Untukmu, tahun lalu, Intan atau nama sebenarnya, Ungku Intan Sarafina Ungku Yahya, 37, tidak kecewa kerana rezekinya dalam industri muzik masih terbuka luas.

“Memang saya agak terkilan apabila lagu baharu tidak mendapat putaran di stesen radio, sedangkan ramai memberikan maklum balas positif. Mungkin belum rezeki saya untuk kembali menyerlah.

“Dari satu sudut, saya berterima kasih kepada GV3 mengembalikan ingatan peminat terhadap bakat saya. Namun, situasi itu belum buat saya mengaku kalah. Selepas ini, saya akan lebih agresif promosikan lagu baharu,” katanya.

Pernah popular dengan lagu Kembali, Intan berkata, dia akan terus berusaha mencari material yang dapat membawanya lebih dekat kepada peminat, pada masa sama mengharapkan sokongan ramai.

Intan optimis langkahnya itu akan lebih mudah apabila kembali menetap di ibu kota selepas tiga bulan tinggal di Jakarta, Indonesia kerana mengikut suaminya, Iskandar Ezzahuddin Ahmad Zulkifli bertugas di sana.


“Syukur apabila suami kembali bertugas di Kuala Lumpur. Sebelum ini, saya terpaksa berulang-alik jika terikat dengan urusan persembahan. Kepulangan ini juga tepat pada masanya.

“Ini kerana saya akan memulakan promosi single baharu, Di Awan Rindu. Lagu ini sudah lama dirakamkan, selepas GV3 berakhir. Namun, baru kini syarikat pengurusan, Laugh Out Loud bersedia untuk mempromosikannya.

“Insya-Allah, muzik video lagu ini juga akan disiapkan sedikit masa lagi,” katanya. – BH ONLINE

Kategori