Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Gumpalan Rambut Sepanjang 5...

India - Menjijikkan. Ketagihan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang suka makan...

Mahkamah Tetapkan 2 Ogos...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini menetapkan 2 Ogos...

Filem Mat Kilau Atasi...

Kuala Lumpur: GSC Cinemas mengumumkan filem Mat Kilau mencatat RM12.2 juta pada hari...

Mahkamah: Lelaki Dituduh Tetak...

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki yang melakukan kerja-kerja kampung berdepan hukuman mati selepas...

Isu Samseng: Ramkarpal Diarah Keluar Dewan

KUALA KUMPUR – Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh wakil rakyat pertama diarah keluar dewan pada hari pertama Persidangan Parlimen ke-14, hari ini.

Ini susulan keengganannya menarik balik perkataan samseng yang disebutnya pada sesi pagi.

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Arif Md. Yusof mengeluarkan arahan tersebut selepas wakil rakyat Pakatan Harapan itu tetap berdegil meskipun diminta beberapa kali.

“Semuanya berkisar daripada perkataan samseng. Kedua-dua belah pihak hendaklah tarik balik. Jika tidak saya akan kenakan peraturan.

“Peraturan sudah dibuat, Bukit Gelugor tolong tarik balik,” katanya.

Namun Ram meminta maaf dan menegaskan beliau tidak boleh berbuat demikian.

“Mengikut peraturan mesyuarat, keputusan pengerusi adalah muktamad. Jadi kita tak boleh buat peraturan baru untuk peraturan yang sudah dibuat.

“Sekiranya tak puas hati kepada sesuatu peraturan, pihak tak puas hati boleh buat usul untuk cabar peraturan itu. Dah ada peraturan, tak boleh ada yang baru, kalau tak sampai bila pun tak akan selesai,” katanya membela diri.


Meskipun begitu, Speaker sekali lagi meminta Ram menarik balik kata-kata tersebut sesuai dengan peraturan mesyuarat namun beliau tetap enggan.

“Saya sudah beri amaran pertama ya. Tarik balik. Kita ingin meneruskan sesi bahas Sungai Petani.

“Bentara, sila jalankan tugas,” katanya.

Sebelum berehat sesi pagi tadi, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon mengarahkan Ram menarik balik perkataan samseng yang merujuk kepada Pemuda UMNO namun beliau enggan.

Susulan itu, Rashid hanya beri amaran kepada Ram yang mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan wakil BN susulan ia bertentangan peraturan mesyuarat di mana menurut mereka, Ram sepatutnya diarah keluar dewan kerana ingkar arahan Speaker.

Dalam pada itu, Datuk Bung Mokhtar Radin menarik balik kenyataan samseng yang ditujukan kepada RSN Rayer (PH-Jelutong) pada sesi pagi. – Sinar Harian

Kategori